KAITAN FULL MOON DENGAN EKZEMA

BULAN PENUH (FULL MOON) DAN EKZEMA 
.
"Time dekat full moon ni mulalah datang mood swing, kahak, asthma, batuk, selsema, perut kembung, sakit kepala, susah tidur, eczema semakin flare up, gegata dan sebagainya".

Korang ada pernah alami tak? Qiqi dulu memang sangat-sangat tak perasan pun. Tapi sejak ada anak ekzema ni memang lebih concern bab ni, dan memang terjadi depan mata.

Yang sulung kebetulan semalam memang start hidung tersumbat, tidur pun gelisah. Dia takda ekzema tapi Qiqi perasan dia macam nak kearah resdung. Mukus quite banyak terkumpul dikawasan hidung.

yang sikecil tu memang ada ekzema. Sebelum tidur semalam memang bergaru sakan. Dalam jam 2-3 pagi tu mula gelisah. Tidur mula tak lena dan kerap menggaru. 

Sememangnya kedua-dua mereka ni jadi begini ada kaitan dengan FULL MOON yang start pada 18-20 hb Feb.
.
.
Sila allert eczema fighter sekalian.....
.
.
Apa Sebenarnya Kaitan Bulan Penuh dengan Ekzema?

Full moon ni selalunya dikaitkan dengan aktiviti parasit terutamanya cacing lah. Parasit bila dia duduk dalam badan manusia dia tak duduk setempat sahaja. Parasit ni suka nomad dalam badan manusia haa. Dari usus masuk salur darah. Pergi bawah kulit, paru-paru dan kerongkong. Pastu pindah balik masuk usus untuk mengawan dan beranak-pinak.

Kalau dekat full moon ada rasa teringin nak makan benda manis-manis tu pasit sedang berbahgia menambah umatlah tu. Tapi betul hari ni tekak rasa teringin sangat nak makan kek coklat dengan bubur manis-manis, nasib tak sempat buat.

Tanda-tanda lain seperti:~
• mood swing
• batuk-batuk, berkahak
• selsema
• muntah-muntah
• kegatalan dan macam-macam.

Kalau perasan dalam sebulan ada tak anak-anak atau diri sendiri alami tanda-tanda macam tu. Kalau ada tu tandanya parasit tengah aktif.

Cara nak elakkan simptom-simptom tersebut kenalah amalkan PARASIT PROTOKOL.

Antara cara buat parasit protokol dengan makanan & minuman anti parasit seperti:
• Minum air kelapa muda tanpa gula atau minum vco
• Makan betik & biji betik
• Makan bawang putih mentah
• Makan buah delima dan biji
• Makan biji labu kering (macam kuaci)
• Makan halia
• Makan buah peach
• Minum cuka epal
• Minum minyak zaitu dara organik
• Makan buah tomato mentah
• Makan lobak merah mentah atau jus carrot
• Minum jus nenas muda + madu lebah asli

Elakkan makanan berikut yang menggalakkan pembiakan parasit semasa parasit protokol:
• Produk tenusu
• Gula bertapis (sukrosa, fruktosa, sirap jagung )
• Tepung (terutamanya halus)
• Makanan terlalu manis
• Makanan segera
• Makanan berproses yang mengandungi pewarna dan bahan pengawet
• Makanan laut mentah

Boleh lihat gambar untuk lebih lanjut



Antara precaution yang Qiqi buat semalam selain dari elakkan makanan, Qiqi juga standby:
1) CF RUB - Buat sapuan pada bahagian dada, belakang badan dan pada bahagian T hidung anak yang sulung.

2) SKEENZ - Buat sapuan pada bahagian kulit yang terlibat dengan gatal. Jika kulit kering, pakaikan pelembap supaya ianya tak kering dan menggalakkan rasa gatal

Comments

Popular posts from this blog

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN GMO

DILEMA MOMMY PREGGY

PETUA HILANGKAN GATAL BADAN