CARA MENGESAN PENYAKIT TIBI

PENYAKIT TIBI Apa itu penyakit TIBI? Penyakit Tibi ialah sejenis penyakit berjangkit disebabkan oleh kuman "Mycobacterium Tuberculosis" (Kuman TB). Kebanyakkan individu yang dijangkiti tidak akan mendapat penyakit Tibi kerana kuman-kuman Tibi akan terpendam dan aktif di dalam badan seseorang. Akan tetapi jika sistem pertahanan badan seseorang itu menurun, Tibi menjadi aktif dan menjadikan seseorang itu menghidapi penyakit Tibi. Seperti demam selesema, penyakit tibi boleh berjangkit melalui udara. Hanya mereka yang menghidap penyakit tibi boleh menjadi punca jangkitan kepada orang lain. Pesakit yang dijangkiti oleh penyakit tersebut akan membekalkan kuman tibi di udara apabila mereka batuk, bersin, bercakap dan meludah. Sesiapa sahaja yang menyedut udara yang telah dicemari oleh kuman tibi berkenaan walaupun sedikit mereka boleh terkena jangkitan penyakit tersebut. Kuman tersebut dinamakan Mycobecteriam Tuberculosis. Penghidap yang dijangkiti boleh menjadi pe...