SenAraI Nama ManGsa Yang Terbunuh KemaLAngAN NGEri




Berikut adalah nama 12 mangsa yang terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan dua bas, sebuah van dan tiga kereta di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat dekat Rembau, petang semalam.
Polis melaporkan mereka terdiri daripada sembilan rakyat tempatan dan tiga warga Myanmar.
Mangsa tersebut ialah pemandu bas ekspres R. Ramachandra, 52, dari Kampung Tengah, Klebang Besar; penumpang bas ekspres Muhammad Farizuddin Talib, 19, dari Balai Panjang, Malim; Azizi Ajis, 19, dari Kampung Japis, Nyalas; Norazmi Abdul Karim, 24, dari Kampung Pondok Kempas, Selandar; Sharene Sofia Fadzry Tan, 18, dari Semabok Perdana; dan Nur Shafika Baba, 29, dari Pokok Mangga di sini.
Tiga lelaki warga Myanmar itu ialah Pau Khan Tual, 21; Kam Khaw Tual, 28; dan Cin Thawa Tuang, (umur tidak diketahui, kenderaan yang mereka naiki belum disahkan).
Pemandu van, Goo Chuan Heng, 34, dari Taman Maju, Batu Pahat, Pang Shi Moei dari Taman Segar, Segamat, 57, dan Eng Sok Kuan dari Kuala Lumpur, 52 (belum disahkan kenderaan yang dinaiki). -

Comments

  1. innalillah bagi yang beragama Islam.. :-)
    moga lepas ni pemandu bas akan lebih berhati2.. hehehe.. wadud dah fobia dah..:D

    ReplyDelete
  2. tarikh yang best semalam, petangnya ada berita duka.. semoga ahli keluarga mangsa dapat menghadapi dugaan ni dengan tabah..

    cam nak marah ngan driver bas yang bawak laju sangat.. tapi benda dah jadi. biarlah kisah ni jadi pengajaran buat yang lain. semoga tak berlaku lagi benda camni..

    ReplyDelete
  3. Wadud~ btol tu wadud...qiqi ni yg kena xcdent 2kali yg agk dast, 2 kali yg ringn ni lg la trauma..skang ni nek pape pon brisiko tggi

    ReplyDelete
  4. Asada ~ Tau xpe..caM nak mARah Je drebar 2, tapI dreBar tu pon Mati gk...hai...xphm btol..ape yg dikejar kn sangat tu smpai habiz 12 nyawa terkorban..,

    ReplyDelete
  5. sgt la dahsyat..
    mama rina prefer rina blk umah naek bus,
    tp tgk berita cmni..
    baek drive sendiri..
    yang penting, hati-hati dijalan raya~

    ReplyDelete
  6. kesian kan?
    mase tgk kt brite tngahari td.
    jerit2 tgk bas,van ngn kreta tu terbalik. :'(
    terok gile.

    innalillah bg yg muslim.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN GMO

DILEMA MOMMY PREGGY

PETUA HILANGKAN GATAL BADAN