Set Berpantang Terbaik Pilihan Ibu

Setiap ibu yang hamil pastinya menginginkan suasana berpantang yang tenang dan relaks ketika tempoh berpantang nanti. Segala persiapan baik dari segi pakaian, mandian dan perkakas bayi sudah tersiap rapi disediakan. Begitu juga dengan Set berpantang ibu.




Pastinya ibu sudah membuat persiapan yang rapi dan mencukupi untuk digunakan ketika berpantang nanti. Antara set berpantang yang sering dicari seperti Phytonatal dari Nona Roguy, Shaklee, Afiat dan Tanamera.

Ini antara carian Set Berpantang tertinggi yang direkodkan dalam carian. Tak kisah lah set berpantang mana yang dipilih pastinya ianya akan digunakan sebaiknya dan memberi manfaat kepada ibu berpantang.

Didalam kita sibuk memilih dan mencari set berpantang untuk ibu, jangan dilupa juga pada Set berpantang bayi. Ada ke Set Berpantang Bayi? Ada tau. Hehehe. Tapi kami panggil Set Newborn Bayi.


Dapat yang mudah dijaga, mudah tidur, memang banyak rest la mamanya kan. 

Perlukah kita sediakan Set Newborn Bayi ni? Jawapannya terpulang kepada individu. Tapi pada Qila memang perlu kerana bayi baru lahir ni tak boleh dijangka. Dapat yang jenis kurang meragam, alhamdulillah. Tapi andai kata dapat yang jenis tantrum, memang memerlukan kesabaran dan ikhtiar yang panjang.

Ada juga bayi yang dari lahir asyik mudah menangis sahaja. Tak kira pagi ke malam.

Encik suami pun rasanya tak salah tau jika nak hadiahkan Set Newborn pada si isteri. Memudahkan si isteri berpantang dan dalam masa yang sama membantu anak berada dalam keadaan yang tenang, ceria dan sihat.

Jom kita lihat apa yang ada dalam Set Newborn Tasneem.




SET NEWBORN TASNEEM


Item-item yang kami sarankan ini selaras dengan keperluan yang sering diminta dan kerap diperlukan ketika waktu berpantang. Antaranya ialah:

CALM TIME BALM

  • Bantu anak tidak meragam
  • Redakan tantrum bayi
  • Bantu tenangkan ibu berpantang juga
  • Melegakan otot bayi
Kebanyakan bayi agak sukar untuk sesuaikan diri dengan keadaan sekeliling dan menyebabkan dia kuat meragam. Makanya kita sarankan untuk gunakan Calm Time balm. Kandungan essential oil seperti Marjoram, Bergamot, Lavender, Geranium sangat membantu dalam memberi mood tenang, ianya bantu melegakan saraf dan otot simanja.



TRUB BALM

  • Cegah kembung perut bayi
  • Bantu bayi mudah membuang/ elak sembelit (Bagus untuk ibu berpantang juga)
  • Bantu turunkan bacaan kuning bayi (Kerap membuang, mudah untuk bacaan kuning turun)
  • Bantu masalah pening/ loya
  • Elak gastrik/ sebu perut ketika berpantang

Seringkali juga kita dengar keluhan dari ibu-ibu yang berpantang mengenai masalah angin pasang, kembung dan juga jaundis bukan? Insyaallah kandungan essential oil Juniper, Ginger, Fennel, Lemongrass dan beberapa lagi essential oil sangat-sangat membantu dalam melegakan segala kekusutan mak ayah.












CF RUB BALM


  • Kurang/ hilangkan lendir bayi baru lahir
  • Cegah/ halang batuk dan selsema mudah kena pada bayi
  • Bantu melegakan selsema/ batuk
  • Bantu turunkan suhu badan bayi
  • Bantu cairkan kahak ketika selsema dan batuk
  • Mengurangkan simptom resdung/ sinus

Dan paling kita risau terutama sekali bila ada adik beradik yang lain, kakak mahupun abang pastinya kerap dan mudah sangat bayi yang baru lahir ni dijangkiti penyakit bukan? Terutama sekali batuk dan selsema lah yang utama. Kebanyakan umur bawah 2 tahun memang tidak disediakan ubat-ubatan. Mahu atau tidak memang perlu diikhtiarkan dengan cara luaran. Insyaallah, kandungan essential oil Eucalyptus oil, Cypress, Frankinsense, Lemon amat membantu dalam melegakan masalah tersebut.

Marilah kita sediakan payung sebelum hujan. Encik suami nak bikin suprise untuk si isteri macam gini? Kami sedia membantu.

Berbunga hati si teri bila dapat suprise gini tau.. Hehehe

Ingin dapatkan Set Newborn Tasneem? boleh directly hubungi Qila ya. Terus klik pada icon ni ya.

Comments

Popular posts from this blog

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN GMO

DILEMA MOMMY PREGGY

PETUA HILANGKAN GATAL BADAN