Tips Berpuasa Bertenaga untuk Ibu Menyusu

Pejam celik, pejam celik sudah masuk 4 Ramadhan pun harini. Ahlan wasahlan Ya Ramadhan. Alhamdulillah masih lagi diberi ruang masa dan peluang untuk kita bertemu dengan Ramadhan tahun ini. 



Dari sekecil kanak-kanak sehinggalah mereka yang diusia emas turut serta bersama-sama berpuasa dan meraikan bulan Ramadhan yang mulia dan penuh baraqah ini. Banyak rahmat dan berkat yang Allah kurniakan didalam bulan Ramadhan ini. 

Antara kelebihan dibulan Ramadhan ni adalah:


  • Segala pintu syurga dibuka luas khas untuk hamba-hambanya. 
  • Manakala segala pintu neraka ditutup rapat dibulan yang mulia ini.
  • Pahala yang berlipat ganda
  • Malam 1001 bulan
  • Perisai dari seksaan
  • Doa mustajab (mudah diterima)
  • Diampuni dosa yang lalu
  • Beroleh kegembiraan berganda


Namun disebalik keriangan, kegembiraan menyambut Ramadhan, ada juga golongan ibu-ibu yang gusar menghadapi Ramadhan. Terutama bagi ibu-ibu yang menyusu. Bukan tak nak berpuasa tapi risau akan kekurangan susu, mahupun tidak bertenaga untuk berpuasa. Bukan ibu-ibu diluar sahaja, Qiqi pon sama je. Terfikir juga tentang tu.

Namun, jika terus berfikir risau-risau tanpa memikir jalan keluar rugi lah kan. Ramadhan ni datang setahun sekali. Entah tahun depan kita ada rezeki bertemu dengan Ramadhan lagi atau tidak kan? Jadi memang kena rebut peluang sebaik mungkin.

Tips Berpuasa Bertenaga untuk Ibu Menyusu


Masing-masing ada cara msing-masing kan nak kekal bertenaga ketika berpuasa? Qiqi pun macam korang juga, mungkin sama mungkin berbeza. Jom Qiqi kongsikan apa yang Qiqi amalkan supaya bertenaga sepanjang hari dan susu badan pun tidak drop ketika berpuasa.

Antara yang Qiqi amalkan ialah:



1. Sahur dihujung waktu. 

Maksudnya sebolehnya jika kawasan korang Subuh masuk jam 5.45 pagi, boleh bangun dan makan jam 5.00-5.15 pagi. Jangan terlalu awal sangat bangun dan makan. Tahu jela kan ketahanan perut masing-masing. Qiqi ni menyusu ke, tak ke memang perut cepat berbunyi.



2. Makan makanan yang lengkap nutrisi. 

Pastikan ada karbohidrat, protein, vitamin. Selalunya memang makan nasi berlauk la Qiqi. Kata nak bagi yang terbaik untuk anak kan? Mesti kena lengkap nutrisi. Ada buah lagi cun.



3. Amalkan makan kurma. 

Sebaiknya Dalam bilangan ganjil (3, 5, 7,11). Jika ada badam pon lagi bagus. Dua-dua ni sumber 'milk booster' tau.



4. Tawakal dan Doa.

Sambil niat sambil doa minta Allah permudahkan berpuasa seharian. Dia tempat kita bergantung sepenuhnya. Tanpa bantuan Allah, siapa lah kita kan.


5. Elakkan tidur selepas sahur. 

Bila kita kerap tidur, actually tenaga kita lebih banyak dikeluarkan. Sekiranya nak naps sekejap tak jadi masalah tapi jangan pula seharian tidur ye kawan-kawan. 


6. Kurangkan aktiviti luar yang terdedah panas.

Bila terdedah dengan cuaca panas, pastinya kita akan cepat dihidrasi. Dan juga pastinya memberi kesan keletihan yang melampau pada tubuh badan.


7. Lebihkan pengambilan air kosong

Selepas berbuka, bersahur lebihkan minum air kosong ya. Untuk elak dihidrasi ketika dan selepas berpuasa.


8. Elakkan pengambilan makanan yang manis dan juga berkafein.

Selain dari memberi kesan cepat haus, ianya juga tidak baik diamalkan untuk kesihatan yang baik berpanjangan. Kurangkan pengambilan.

Hukum Berpuasa buat Ibu Menyusu

Untuk ibu menyusu pun ada juga kelonggaran diberikan. Namun begitu, sekiranya ibu-ibu ada rasa nak pitam, jantung berdegup laju, lemah sangat mahupun susu drop sangat, jangan teruskan berpuasa ya. 

Ianya dipanggil ruksah puasa. Sekiranya kesihatan anak mahupun kesihatan ibu sendiri mungkin terjejas, maka ibu tersebut DIHARUSKAN berbuka puasa. Dengan syarat puasa yang ditinggalkan itu harus diQadakan dan membayar Fidyah.

Semoga ibu-ibu mendapat manfaat dan dapat merebut segala pahala yang Allah taburkan dibulan Ramadhan yang mulia ini. Semoga kita dapat memberi yang terbaik untuk simanja dan keluarga kita juga.

Comments

Popular posts from this blog

Come back? Perlu ke???

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN GMO

beSt ke KaHwiN?