PENTINGNYA KALSIUM KEPADA IBU HAMIL

Assalamualaikum dan salam Rabu semua. Alhamdulillah diberi kesempatan untuk bernafas lagi dibumi ALLAH ni. Harini alhamdulillah dah masuk minggu ke 27 dah usia kandungan ni. Sekejap pula rasa mengandung kali ni. Tapi dalam mana-mana pun ada cabaran dan dugaannya. Dulu teruk muntah-muntah, pening-pening. Mungkin sebab masa tu kurang KALSIUM. Preggy kali ni memang Qiqi sediakan OSTEMATRIX sebagai teman disisi. Keperluan KALSIUM dikala hamil ni sangat-sangat lah penting. Tahukah korang berapa banyak KALSIUM diperlukan seorang ibu hamil? 1200mg per day tau. Bukan sikit tapi banyak tu. Mana tidaknya, sewaktu hamil, ibu dan baby dalam perut masing-masing memerlukan KALSIUM yang MENCUKUPI untuk pembinaan tulang, tumbesaran baby. Nak dapatkan sumber kalsium ni macam-macam kita boleh amalkan. Bukan dengan susu sahaja. Jom kita sama-sama check kat peti ais tu. Mana tau ada yang tersenarai kan? 1. Keju 2. Yoghurt 3. Kacang Soya 4, Ikan Salmon 5. Buah-buahan Kerin...