TIPS PENYUSUAN IBU BEKERJAYA

Setiap ibu pastinya ingin memberi yang terbaik untuk simanja nya. Namun, ramai ibu2 yang kusut untuk memikirkan bagaimana untuk memberi susu ibu yg terbaik ini untuk anaknya, terutama sekali ibu yg bekerjaya. Kejayaan penyusuan eksklusif tanpa makanan pelengkap, susu formula dan air kosong selama enam bulan oleh para ibu bekerjaya banyak bergantung kepada beberapa faktor sampingan. 1. TIMBA ILMU SEPANJANG MASA ā„ Memasang niat untuk menyusukan bayi sejurus selepas kelahirannya. ā„ Anda dan suami digalakkan untuk menyertai mana-mana kelas persediaan penyusuan susu ibu yang kini banyak dikendalikan oleh kaunselor-kaunselor laktasi bertauliah. ā„ Perlu menanam sikap rajin membaca bahan bacaan berkaitan dan melayari laman web atau forum yang banyak mendedahkan maklumat penting tentang penyusuan susu ibu seperti La Leche League Leader (LLLL) atau Kellymom. ā„ Jika mengalami apa-apa masalah berkaitan, dapatkanlah pandangan dan penjelasan bagi menjawab apa jua k...