bertuNAng, seKAdaR adaT aTauPun TuntUtan?

Cantik dimata...sakit dihati pada harganye.Hehehe


Salam 1 Malaysia semua. Sehat ke?Maafla sejak kebelakangan nie kerap sangat de masalah menimpa Qiqi ni ha. Hari ni baru dapat terjah blog yg comei ni.hehehhee....Actually Qiqi ni konpius da pasal bab2 bertunang ni. Ianya sekadar adat ataupun tuntutan. Sebab ade yang berkata, "Ala, bertunang hanya sekali, takpe kalau buat meriah2". Tidak pun ade yang berkata juga, tak payah la kau nak bertunang2 ni, membazir je, pentingkan yang mane dulu". Begitu la dialog2 yang sering kite dengar, tak kira la dari ibu bapa, ibu/bapa saudara, datuk nenek kita, pasti ada. jadi. Qiqi pun semakin dan semakin konpius sehingga cari risalah yang patut dibaca. Hehehe..Meh same2 share.

Khitbah bererti peminangan. Tafsiran lafaz atau perkataan peminangan ini juga dapat di kaitkan dalam adat istilah melayu iaitu “pertunangan”. Pertunangan berbeza mengikut tempat, kawasan, adat dan suasana masyarakat masing-masing. Berbeza di antara negara-negara di semenanjung Asia Tenggara.

Pertunangan dimaksudkan untuk membuka ruang antara pasangan untuk saling mengenal sebelum menikah, baik dari segi lahiriah maupun batiniah sebelum bernikah atau berkahwin

Dari Mughirah bin Syu’bah baerkata “Aku pernah melamar seorang wanita. Lalu Nabi SAW bersabda, ‘Lihatlah ia, kerana yang demikian itu akan menimbulkan kasih sayang antara kalian berdua.”
(HR Nasa’I, Ibn Majah dan Tirmidzi).

  1. Jumhur Ulama’ berpandangan: boleh melihat wajah dan kedua telapak tangan, kerana melihat wajah dan kedua telapak tangan akan dapat diketahui kecantikan wanita itu.
  2. Ibnu Daud mengatakan: boleh melihat seluruh anggota.
  3. Imam Abu Hanifah membolehkan melihat dua telapak kaki, wajah dan dua telapak tangan

Dalam adat resam orang Melayu, pihak lelaki akan membawa bersama hadiah beberapa dulang hantaran termasuk sebentuk cincin atau sebagainya. Pada ketika ini, kedua-dua wakil akan menetapkan tarikh ijab kabul dan persandingan mengikut kesesuaian kedua belah pihak.

Acara kemuncak majlis pertunangan adalah adat sarung cincin di mana wakil pihak lelaki yang terdiri dari ibu atau saudara perempuannya akan menyarungkan cincin pertunangan atau cincin tanda ke jari manis gadis yang dilamar. Setelah itu rasmilah sudah pertunangan tersebut.

Cincin yang disarungkan di jari manis di sebelah kanan tangan si gadis itu menandakan bahawa dia sudah dipinang atau bertunang. Dapat dikaitkan dengan hadith Rasulullah SAW:

" Tidak boleh bagi seorang lelaki melamar tunangan orang lain sehingga ia menikahinya atau meninggalkannya ".
(HR Bukhari dan An-Nasai)

Islam tidak mengharamkan cincin pertunang atau perkahwinan akan tetapi hendaklah kita memperbetulkan niat kita sebagai seorang Muslim.

Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.(4) Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.(5) Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku.(6)
(Al-Kafirun, 109:4-6)

Rasulullah melarang umatnya mengikut cara-cara orang-orang kafir, baik dari segi ibadah, adat resam, mahupun dari segi pemakaian.

Ali bin Abu Talib r.a. berkata: "Rasulullah s.a.w. mengambil sutera, ia letakkan di sebelah kanannya, dan ia mengambil emas kemudian diletakkan di sebelah kirinya, lantas ia berkata: Kedua ini haram buat orang laki-laki dari umatku."
(HR. Ahmad, Abu Daud, Nasa'i, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah)

Demikian juga sabdanya SAW,

”Dihalalkan (mengenakan) sutera dan emas bagi kaum wanita dari umatku dan diharamkan bagi kaum laki-lakinya.”
(HR. Ahmad)

Tempoh / masa khitbah yang dipersetujui oleh jumhur ulamak (ramai Ulamak) ialah tempoh yang tidak panjang atau lama. Tempoh ini juga ditentukan oleh 'uruf / adat yang masyhur dipegang di sesuatu tempat.

Pada hakikatnya Islam menggalakkan agar tempoh pertunangan itu disingkatkan, ianya bagi mengelakkam daripada berlakunya sebarang fitnah atau berlaku perkara-perkara yang tidak didugai. Dibimbangi kedua pasangan banyak melakukan dosa disepanjang tempoh petunangan dengan kerapnya mengadakan pertemuan yang tak syarie. Susah untuk menjaga batas aurat dan syarat ditemani oleh Muhram.

PERTUNANGAN DI SISI SYARAK

Terbahagi kepada lima cara:

~Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada seorang perempuan secara langsung.

~Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada wali perempuan.

~ Menggunakan pihak ketiga untuk meminang.

~Wali menawarkan anak perempuannya kepada seorang lelaki soleh.

~Perempuan menawarkan dirinya sendiri kepada seorang lelaki soleh.

Sekiranya kedua-dua pihak telah bersetuju dan menerima (menggunakan salah satu cara di atas) maka ini adalah sudah dikira bertunang di sisi syarak.


PERTUNANGAN DI SISI ADAT

~Kebiasaannya pihak lelaki akan memberikan barang-barang hantaran ke rumah pihak perempuan pada majlis pertunangan yang telah ditetapkan.

~Kemudian perempuan akan disarungkan cincin di jari manisnya sebagai tanda sudah bertunang.

~Maka pihak perempuan akan menetapkan dan membincangkan hantaran untuk perkahwinan berdasarkan status seseorang perempuan itu.

~Dan diakhiri dengan bacaan doa dan sedikit jamuan ringan.

~Majlis pertunangan ini diadakan selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk bertunang selepas merisik.

>>> Kesimpulan: Pertunangan di sisi syarak tidaklah serumit pertunangan di sisi adat. Seseorang yang sedang bercouple sekarang telah dikira bertunang di sisi syarak. Bertunang di sini dalam ertikata mudahnya ialah mempunyai azam dan niat untuk menikah. Namun perlu diingatkan bahawa bertunang bukanlah lesen mutlak untuk membolehkan seseorang melakukan larangan-larangan pergaulan yang telah ditetapkan oleh agama. Sekiranya kita mampu dan tiada halangan-halangan yang mendatang maka seelok-eloknya cepatkanlah perkahwinan.

P/s: Tunggu mase je dari mak. Nak kena bertunang or not. Bukan pe, kata2 orang ni, kalau kita nikah terus mula la pk de sumething jd antara 2 insan ni. Itu la perangai orang kite ni kan.Suka bat andaian yang bukan2 dan cerita pada orang. Kadang serba salah jadinya.

p/s2: Betul ke bila kite bertunang tidak wajar diheboh kan???

Comments

  1. aibaks pun sokong faizal tahir gak!

    ReplyDelete
  2. hehe.. salah komen plak.. hmm. bile rase2 nak tunang ni mek?

    ReplyDelete
  3. @aibaks

    hahaha..tok eksited pasal AJL ahad ni ka..ahaha

    ReplyDelete
  4. @aibaks

    kitorang trget bulan 6 ni tok..tp xpasti la sbb mak kate nk suh btunang dekat2 nk nikah nnt, pastu die kate nk awl lak..konpius teman

    ReplyDelete
  5. aduh.. jauh la perak tu qiqi.. dekat skit leh tak? leh tok n nek singgah..

    ReplyDelete
  6. bertunang tue perlu utk cr keserasian pd ke2-2 belah pihak kot..huhu..


    nak komen lebih cik tom pun xde ura2 ke arah tue..hihi..

    ReplyDelete
  7. @aibaks

    Hehehe..ala...mai je...xjauh la tok..leh tok p honeymoon lg ngn nek kt sne..hehehe

    ReplyDelete
  8. @CIK TOM

    2la..rsenye perlu gk n..antara kiten die mgkn da ok..tp antra dua2 family tu kena pertimbgkn gk...huhu..xprnah bkejesme wt sumething..

    ReplyDelete
  9. mood skrg nk bertunag tp tak ade calon..hahahaha..
    qiqi nty kalo tunang jgn lupa ajak Gayah k..

    ReplyDelete
  10. qiq apa yg penting nanti ko tunang bagi tahu akak yerrrrrrr

    rindu tak ngan akak mu nie??

    ReplyDelete
  11. mek.. awat menghilang lama ni.. bz ka ngan keja? ke da mai sini?

    ReplyDelete
  12. @Gayahspears


    Qiqi panggil 2k kenduri nnt ye gayah..hehehee

    ReplyDelete
  13. @AngahSayang2314

    Qiqi akn bertunang dalam mase terdekat ni ngah kalau dipanjangkan umur.hehe

    ReplyDelete
  14. @aibaks

    Lom lagi tok....Qiqi de kt perak g..huhu..rndu ka...tak sangka tok rindu qiqi..keh3

    ReplyDelete
  15. uih.. tak yah la habaq mai kat sini.. malu tok.. haha...

    ReplyDelete
  16. @aibaks


    HAhaha..tok ni..da ngaku pastu malu lak nk hdapi knyataan..miahahaha....kah3.....janjiumi xmarah qiqi sudah.heehhee

    ReplyDelete
  17. haha.. awat takde n3 baru mek? tak saba tok nak jadi orang pertama yang komen..

    ReplyDelete
  18. Segan nak baca, rasa macam tak patut sibuk mengetahui pasal ni bila belum sampai masanya. hehe :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN GMO

DILEMA MOMMY PREGGY

PETUA HILANGKAN GATAL BADAN