Tips Rawat Bayi Demam Tanpa Ubat

Demam adalah tindak balas biasa badan terhadap sebarang jangkitan bakteria mahupun virus. Ia bukanlah sesuatu penyakit tetapi gejala yang selalu terjadi menandakan seseorang mempunyai jangkitan kuman atau virus.


Demam boleh menyerang tak kira umur. Dari sekecil bayi sehingga kita yang dewasa ini pun boleh hadapi demam. Cumanya kekerapan kita demam itu sahaja yang berlainan.

Suhu badan normal ialah 36.5-37.2⁰C. Sekiranya melebihi tahap suhu ini, anda disahkan demam. 

Punca demam


Antara punca-punca demam ialah:
  • Jangkitan virus penyebab selsema, sakit tekak, cirit birit.
  • Jangkitan kuman di paru-paru (pneumnia, batuk kering (tb), dan jangkitan saraf (meningitis)
  • Ubat seperti antibiotik dan sebagainya

Rawatan demam

Jangkitan ringan selalunya akan kembali pulih dengan sendirinya kerana sistem imunisasi berjaya melawan jangkitan tersebut.

Umur paling mudah terkena demam ialah bayi yang berumur bawah 2 tahun. Ketika umur ini sistem imun mereka masih lemah. Dan ketika umur bayi bawah 2 tahun ini juga mereka tidak diberikan dan dibenarkan untuk makan ubat. Jadi, ibu ayah boleh ikhtiarkan secara luaran untuk menurunkan suhu badan simanja.

Antara yang ibu ayah boleh cuba ikhtiarkan dengan:

1) Kerap minum susu ibu atau air kosong



Sama ada menyusu badan mahupun susu formula, teruskan memberi susu mahupun air masak. Ianya sangat baik untuk menggantikan bendalir yang hilang ketika demam.

2) Makanan makanan yang mudah ditelan


Hanya campurkan semuanya dan masakkan sehingga
betul-betul reneh

Beri makanan seperti sup, bubur nasi. Boleh juga hidangkan 'Chicken Bone Broth'. Ianya amat membantu dalam meningkat sistem imun simanja.

3) Kerap mandikan simanja


Mandi bersama lemon adalah yang lebih baik

Mandikan dengan air suam ataupun boleh juga mandikan dengan air lemon bagi menurunkan suhu badan.

4) Pakai pakaian yang longgar


Suhu panas lebih mudah terbebas

Sekiranya memakai pakaian yang ketat dikhuatiri akan dan boleh meningkatkan suhu badan simanja.

5) Tidak menyelimutkan/ bedung bayi ketika demam

Bebaskan. Jangan bedung atau
selimutkan bayi ketika demam

Ianya boleh meningkatkan suhu badan simanja sekiranya kita balut/ menyelimutkan mereka dengan ketat.

6) Jerlum/ basahkan anggota badan 


Lebih mjdah untuk suhu panas keluar
dari badan

Basahkan kain, jerlumkan atau basahkan anggota badan serta dahi anak. Ini juga membantu menurunkan suhu bayi. 

7) Sapukan anggota badan dengan minyak aromaterapi

Tahukah ibu-ibu pati minyak Lemon amat-amat membantu dalam menurunkan suhu badan simanja? Di dalam Cf Rub Balm Tasneem terdapat juga pati minyak Lemon dan juga Orange. Kedua-dua pati minyak ini sangat-sangat membantu dalam menurunkan suhu badan, demam simanja.

Suhu lebih cepat turun dengan bantuan Cf Rub balm


Ianya boleh disapukan pada dahi, tapak kaki, dan terutama sekali pada pelipat-pelipat badan bayi. Kawasan-kawasan inilah yang paling mudah dan tinggi suhu badan terkumpul.

Jangan lengahkan sekiranya!!!


  • Suhunya masih tidak turun-turun ataupun berlarutan lebih dari 3 hari.
  • Tidak mahu makan dan minum dalam tempoh yang lama
  • Muntah-muntah dan cirit-birit
  • Ruam, sesak nafas, sawan menyerang
Sekiranya ada diantara yang disenaraikan itu terjadi pada bayi, ibu ayah segeralah bawa bayi anda ke klinik mahupun hospital yang berdekatan.

Ibu ayah digalakkan simpan termometer digital dirumah supaya mudah untuk ibu ayah memantau suhu badan anak. Penggunaan termometer digital adalah lebih praktikal untuk digunakan berbanding termometer merkuri.

Boleh dapatkan difarmasi terdekat
Diharap sedikit sebanyak perkongsian ini dapat membantu ibu ayah dalam menghadapi fasa demam simanja. Adakala 'struggle' juga, namun itulah antara kenangan yang bakal tercipta antara kita dengan anak-anak.

Comments

Popular posts from this blog

Come back? Perlu ke???

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN GMO

RESEPI BUBUR ANAK LEBAH