Punca dan Cara Rawat Ulser Mulut

Hampir setiap bulan Qiqi akan mengalami masalah Ulser Mulut ni. Dan hampir setiap bulan juga lah perlu menahan sakit bila diserang ulser ni. Sakitnya bukan biasa-biasa ya. Hampir bersamaan seperti sakit gigi peritnya menahan tu.


Apa itu Ulser Mulut?

Ulser mulut adalah luka kecil yang terjadi pada bahagian dalam mulut. Sangat menyakitkan sekiranya kena dan mengambil masa beberapa hari untuk sembuh. Adakalanya hampir seminggu juga baru baik.Kebiasaannya ia memiliki permukaan yang lebih cerah berbanding permukaan mulut yang biasa.

Terdapat 3 jenis ulser yang yang kerap kali terjadi iaitu:

  • Kecil
  • Besar
  • Herpetiform
Pengelasan ini biasanya berdasarkan rupa, nombor, saiz, lokasi dan tempoh masa untuk sembuh.

Kecil

  • Jenis paling biasa ditemui. 
  • Saiz ulser : Kebiasaanya lebih kecil daripada 5mm diameter dan biasanya 1-5 ulser boleh terjadi pada waktu yang sama.
  • Tempoh sembuh: Dalam tempoh 14 hari tanpa sebarang parut. 
  • Lokasi kerap terjadi: Permukaan dalam pipi, bibir, serta lantai mulut.

Besar

  • Saiz ulser: Lebih besar kadangkala lebih 10mm diameter.
  • Tempoh sembuh: Mengambil masa yang lama. Ada yang ambil masa sehingga 2 bulan.
  • Lokasi kerap terjadi: Boleh berlaku dimana-mana permukaan di dalam mulut dan boleh meninggalkan parut.


Herpetiform

  • Jenis paling JARANG dijumpai.
  • Saiz ulser: 1-3 mm diameter. Terjadi dalam kelompok LEBIH daripada 15 ulser pada 1 masa yang sama (ada kes, lebih daripada 50 ulser pada masa yang sama!)
  • Tempoh masa sembuh: Ambil masa dalam 2 minggu untuk sembuh 
  • Lokasi kerap terjadi: Boleh berlaku dimana-mana permukaan di dalam mulut dan tidak meninggalkan parut.

Punca Ulser Mulut

Dalam banyak situasi dan keadaan, amat sukar sebenarnya untuk mengenal pasti punca ulser mulut berlaku. Disini Qiqi senaraikan beberapa kemungkinan yang menjadi punca kepada ulser mulut:

  1. Stress
  2. Jangkitan virus
  3. Perubahan hormon pada tubuh
  4. Faktor genetik
  5. Penjagaan dalam mulut yang kurang baik 'poor oral hygiene'
  6. Luka akibat daripada proses mengunyah atau ketika memberus gigi
  7. Kekurangan vitamin (terutama vitamin B12, C, Zat besi)
  8. Pemakaian braces
  9. Jangkitan bakteria, virus ataupun kulat
  10. Jangkitan virus HFMD (kanak-kanak bawah 7 tahun kerap alami HFMD ni)
Ulser BUKAN PENYAKIT BERJANGKIT. Dipercayai 1 komponen genetik memang wujud kerana didapati bahawa ramai individu yang kena ulser ini mempunyai saudara mara yang mengalami keadaan yang sama.

Cara Rawat Ulser

Rawatan biasanya yang disarankan kepada pesakit menjurus kepada mengurangkan atau melegakan kesakitan yang dialami pesakit. Kebanyakan cara ni memang Qiqi dah kerap guna. Ya, mampu mengurangkan kesakitan ulser yang dialami.

Kebiasaannya:
  • Ubat kumur atau semburan anti radang/anestetik (mengurangkan kesakitan semasa makan. Digunakan sebelum makan)







  • Pencuci mulut antiseptik bebas alkohol

  • Pes dan gel (Ejen pelindung. Untuk membentuk halangan terhadap kecederaan mekanikal dan jangkitan sekunder. Ia juga boleh menggalakkan penyembuhan)

Sekali lagi diingatkan. Ianya digunakan untuk mengurangkan/ meredakan keradangan ya kawan-kawan.

Langkah-langkah Pencegahan


Jika anda belum mengalami ulser mahupun yang sedang mengalami ulser, boleh amalkan beberapa langkah pencegahan ini ya. 

  1. Makan makanan mengikut diet yang seimbang. (untuk mengelakkan kekurangan zat besi/nutrisi
  2. Elakkan makan makanan yang pedas, berasid, masin, keras (kacang/kerepek)
  3. Menjaga kebersihan mulut (rajin kumur dengan pencuci mulut antiseptik)
  4. Mendapatkan temujanji pergigian (sekiranya terdapat gigi yang tajam atau tampalan yang pecah yang boleh mencetuskan/ memburukkan keadaan ulser)
  5. Amalkan pengambilan vitamin (C, B Complex, Zat Besi)
  6. Lebihkan pengambilan air kosong.
  7. Elakkan berada ditempat yang terlalu panas.

Semoga apa yang dikongsikan memberi manfaat kepada kalian. Dan pada yang sedang mengalami, Qiqi doakan semoga lekas sembuh hendaknya. Tiada yang mustahil dengan izin Allah.

Comments

Popular posts from this blog

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN GMO

DILEMA MOMMY PREGGY

PETUA HILANGKAN GATAL BADAN