TIPS PENJAGAAN ANAK EKZEMA

Assalamualaikum wbt. Salam Jumaat gais. Alhamdulillah harini berpeluang lagi kita untuk bernafas dan memberi manfaat kepada orang lain. Semoga kita dapat terus memberi tanpa mengharapkan balasan.

Anugerah Allah yang ketiga diberikan kepada Qiqi kali ni menghidap Ekzema. Pertama kali anak Qiqi disahkan menghidap ekzema tika umur 2-3 bulan. Masa tu kami ingatkan ruam susu biasa sahaja. Namun bila cuba krim yang diberi doktor tidak pun sembuh-sembuh juga, malah makin berair, makanya memang disahkan ianya Ekzema.


APA ITU EKZEMA


Ekzema ialah sejenis keradangan kulit disertai dengan bengkak, gatal dan ruam merah yang kadang-kadang kelihatan seperti kulit melecur yang berair. Jika berpanjangan akan menyebabkan kegatalan.


Ekzema selalunya terdapat di muka, pergelangan tangan, pertengahan siku dan juga lutut. Kulit yang terlibat akan menjadi berkerak. Biasanya ia terjadi pada bayi/kanak kanak. Ia dikenali juga sebagai atopic dermatitis (kulit).



PUNCA BERLAKU EKZEMA

Pelbagai kajian, pendapat dari pakar-pakar perubatan. Tapi hakikatnya belum ada punca yang dapat dikenalpasti dengan jelas berlakunya ekzema. Namun terdapat beberapa teori mengenai punca masalah ini berlaku iaitu:

👦 Sistem imun badan yang berubah.

👦 Alahan terhadap makanan, bahan cuci seperti sabun yang digunakan untuk mencuci pakaian, alatan kosmetik, sabun mandi, syampu, hama atau habuk dan haiwan belaan seperti kucing.

👦Kulit yang terlalu sensitif kepada persekitaran seperti habuk dari luar dan cuaca yang panas.


👦 Masalah stress atau gangguan emosi turut menjadi punca eczema.

👦 Mempunyai keturunan dengan penyakit eczema.
Ini antara punca yang biasanya berlaku, yang kita selalu jumpa.

Nampak simple je kan, tapi bila tangani anak ekzema ni memang sangat memerlukan kesabaran yang amat tinggi. Setinggi Gunung Kinabalu bah... heee

TIPS PENJAGAAN ANAK EKZEMA

😍 JAGA PEMAKANAN 
- Elakkan makanan bergluten seperti tepung gandum, makanan yang berasaskan tepung gandum (roti, cereal, minuman malt, kicap,sos, dan sebagainya)
- Elakkan sayur yang dikategori NIGHT SHADE seperti kentang, brokoli, terung, Bunga kobis, tomato
- Elakkan makanan yang TINGGI HISTAMIN (yang diperam) seperti ikan masin, tapai, buah yang ranum, makanan laut 

😍 JAGA EMOSI
Mungkin ramai tertanya, yeke emosi mempengaruhi keradangan. Jawapannya YA. Sebab Qiqi sendiri alami bilamana anak yang kena Ekzema tu kalau hari mama moodnya kelaut dalam, cepat sangat lah naik flare nya. So, please be positive gais.

😍 JAGA PERSEKITARAN
Pastikan persekitaran bersih, kurangkan penggunaan barang yang mudah berdebu seperti karpet. Rajin-rajin cadar katil. Pastikan tidak terdedah dalam keadaan yang berpeluh sangat dan juga tidak terlalu kering.

😍 JAGA KEBERSIHAN
Kerap pantau kuku anak si ekzema. Jika bayi, takpa. sebab mereka tak berapa reti nak bergaru. Tapi, buat yang dah cerdik menggaru, memang kena rajin pantau. Silap haribulan boleh luka berdarah.

😍 PEMAKAIAN PELEMBAP KULIT
Ini sangat-sangat diperlukan kerana selaunya bila kulit ekzema fighter ni kering makanya mudah dan kerap lah mereka menggaru. Cari pelembap yang natural/alami yang mengandungi SHEA BUTTER. Psstt!! Dalam Skeenz pon ada tau shea butter. hee

😍 MAKAN MAKANAN TINGGI NUTRISI

Lebihkan REAL FOOD, amalkan pemakanan yang sihat dan lengkap (ada Karbohidrat, Protein, Sayur/Buah). Amat membantu proses pemulihan.

😍 TAWAKAL PADA ALLAH
Ni sebenarnya sebaik-baik pengharapan. Hanya DIA yang Berkuasa menyembuh. Kita ikhtiar sehabis baik tapi berbalik kepadaNya juga. Jika diizinkanNya sembuh, maka sembuh lah ia. Kun fayakun.

Enjoy the moment. Ya, mungkin nampak perit pada mulanya. Stress pun ya juga sebab kebanyakannya makanan favourite. Tapi bila dah biasa, korang akan okay punya. Bila kita fikir balik pada sudut positif, sebenarnya Allah nak tegur cara kita jaga diri kita, anak kita sebelum ni.

Kalau dulu JUNK FOOD, FAST FOOD tu makanan favourite kita, kembalilah kita kepada makanan REAL FOOD yang mana LEBIH BERKHASIAT, BERVITAMIN DAN SELAMAT.

Good luck untuk diriku juga. Muahahaa

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN GMO

DILEMA MOMMY PREGGY

PETUA HILANGKAN GATAL BADAN