RUKUN NEGARA, HAFAL KE TIDAK?

Asssalamualaikum wbt. Salam Isnin korang. Pejam celik dah masuk minggu ke 3 bulan Januari dah kita kan. Macam mana peel anak-anak korang? Okay ke, ke masih banyak lagi alasan mereka bila nak ke sekolah?

Macam anak-anak Qila alhamdulillah untuk harini dua beradik tu bangun dengan senyuman dan tiada alasan-alasan yang tak logik diutarakan mereka. Masing-masing dah dapat kawan masing-masing agaknya kan. Semoga mereka terus menerus beraura positif dan dapat sedut banyak ilmu yang diajar guru disekolah.


Untuk harini kebetulan encik suami ada kerja diluar kawasan makanya waktu balik sekolah rendah dan ke Sekolah Agama, mamanya lah yang kena ambil dan dhantar. Syukur, Allah permudahkan urusan harini.

Okay, back to tajuk, bab Rukun Negara ni. Korang rasa budak muda mudi sekarang hafal ke tidak ye? Kalau tanya Qiqi, Qiqi tak pasti la sangat sebab jarang bergaul dengan budak-budak era sekarang ni. Cumanya sebelum ni ada tengok slot sebelum habis berita utama, ada temuramah rambang bersama dengan anak-anak muda kini. Ada yang dapat jawab dengan baik, ada yang tak terhafal langsung pun ada.

Agak menyedihkan sebenarnya. Tujuan adanya RUKUN NEGARA ni adalah:


  • Mencapai perpaduan yang lebih erat dikalangan seluruh masyarakat
  • Memelihara satu cara hidup demokratik
  • Mencipta satu masyarakat adil dimana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama
  • Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dengan pelbagai corak
  • Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.


Kalau zaman kita membesar dulu, Rukun Negara ni dicetak dibelakang buku tulis kita je. Tapi boleh je HAFAL DAN INGAT SAMPAI SEKARANG. Kalau korang perasan untuk anak-anak peringkat sekolah rendah sekarang, baik buku tulis, mahupun buku teks ataupun buku kerja semuanya tercetak Rukun Negara.

Semuanya bermula atas diri sendiri. Jika diri sendiri tak ada rasa tanggung jawab nak ingat, memang sampai bila-bila pon tak kan ingat. Kita mak ayah ni la kena rajin ingatkan, rajin bertanya ataupun ajak hafal sama-sama.

Moh la kita sama-sama semarakkan rasa cintakan negara. Sama-sama kita ajak anak-anak kita ingat rukun negara. Jangan sampai orang Bangla, atau Nepal lagi hafal Rukun Negara dari warga tempatan Malaysia. Malu weiiii

Comments

Popular posts from this blog

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN GMO

DILEMA MOMMY PREGGY

PETUA HILANGKAN GATAL BADAN