RESEPI WADAI KIPENG

Baru-baru ni Qiqi ada terjebak buat Bubur version orang Banjar yang dipanggil "Wadai Kipeng" yang membawa makna Kuih Keping.. Wadai= Kuih, Kipeng=Keping. Actually bubur la kan cuma mungkin dah sebutan panggil gitu kan. Heee

First time rasa Wadai Kipeng ni masa mak mertua baru masuk rumah nya yang baru. Zaman tu tak kahwin lagi la. Masih dalam tempoh perkenalan lagi. Heee.. Mula-mula rasa memang pelik. Yelah, first time kan. Tapi ni dah dekat 8 tahun kut kahwin dengan orang Banjar, confirm-confirm la kerap jumpa je dengan Wadai Kipeng ni.

Baru-baru ni biras ada bagi bekalan Wadai Kipeng hasil rewang dirumahnya. Ku sangkakan anak-anak tak minat. Bak kata orang tua, 'Tak kenal maka tak cinta'. Sekali dah cuba sampai tak cukup-cukup la. Berebut pun ye juga. Hahaha.

Makanya dengan beberapa bekalan yang ada hasil pertanyaan dan saranan mak mertua dan hasil carian di Google juga maka mamanya memberanikan diri buat "Wadai kipeng"


RESEPI WADAI KIPENG


Doh Kipeng

- 2 cawan tepung pulut
- Sedikit Air
- Garam sedikit

Cara- cara

1) Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga ia menjadi doh. Tak terlalu lembut dan tak terlalu keras.













2) Bulat kan doh dah tekan dibahagian tengah sehingga berubah bentuk seperti kepingan.



3)Buat sehingga habis ye. Sebelum nak letak pada talam boleh taburkan dulu tepung gandum atau pun tepung pulut untuk elak ianya melekat.



Untuk Kuahnya Qila ada add on Durian ya. If takda takpe. Itu optional sahaja.

Bahan-bahannya

1 cawan gula merah
1 cawan air
2 cawan santan
Durian (Optional)
Garam
Daun pandan

Cara-cara nya:

1) Masakkan gula merah bersama air. Biarkan ianya hancur sebati kemudian tutup api dan tapiskan tika tak terlalu panas.

2) Dalam periuk yang berlainan masukkan santan, daun pandan, sedikit garam dan juga Durian ke dalam periuk tersebut. Tuangkan bersama dengan gula merah yang sudah ditapis tadi.


3) Keep on kacau sebab takut pecah minyak. Dalam 5 minit gitu masukkan semua Wadei Kipeng ke dalam kuah tadi. Kerap kali kacau supaya ianya tak melekat pada dasar periuk dan sesama mereka sendiri.

4) Agak-agak tepung Wadai kipeng tu dah masak boleh tutup api.

5) Siap!

Mudah je kan? Kalau dengar tu macam susah je. Padahal senang sangat. Anak-anak Qiqi especially si Kak Yong tu berkali-kali tambah ampa ooo. Memang dah jadi favourite dia barangkali. Hehehee..



Kita mak-mak ni kalau masak dan ada yang tukang perabis memang seronok je rasa nak masakkan untuk diorang lagi kan. Mungkin minggu ni Qiqi ada nak buat lagi. Sementara diorang tengah suka ni kan, dan bagi mamanya praktis bagi perfect. Kih3.

So, tunggu apa lagi. Jom le buat. Simple dan insyaallah sedap. Try jangan tak try tauuuu

Comments

  1. I did not know the entire benefits of My Garmin Express. But since I have read this blog on map update, I have installed all available updates for my garmin device. I must say that this piece of blog has helped me improve navigation experience. I am not suggesting all my friends to read this blog and get Garmin Map Update with this team. For detailed information, you can contact sus at toll-free number +1 888-309-0939. Our Garmin GPS professionals will provide instant help.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN GMO

DILEMA MOMMY PREGGY

PETUA HILANGKAN GATAL BADAN