Pages

1.11.2019

GARAM, MEMBAWA KEBAIKAN ATAU KEBURUKAN?


Assalamualaikum korang. Salam Jumaat. 

Harini qiqi nak share pasal GARAM. Siapa yang hari-harinya tak ditemukan dengan garam? Pastinya semua menggunakan dalam seharian kan? Cuma jumlah nya la berbeza. Ada yang sikit, ada yang sederhana  ada yang banyak. Bagi mereka yang menggunakan secara sikit dan sederhana, TAHNIAH. Tahniah kerana BIJAK mengawal pengambilan GARAM dengan BAIK sekali.

APA ITU GARAM?

GARAM ialah bahan yang memberi rasa masin atau dengan nama sainsnya Natrium Klorida. Ia boleh didapati dalam bentuk garam halus atau kasar yang ditambah dalam makanan atau yang tersembunyi seperti  yang terdapat dalam sos, kicap, taucu, mayonis, keju, ikan masin serta serbuk dan kiub perasa.

ADAKAH KITA PERLU GARAM?

Garam diperluakan untuk:

  1. Kawal keseimbangan cecair dalam badan
  2. 2 Membantu fungsi otot dan saraf yang sempurna
  3. 3 Membantu kekalkan tekanan darag pada tahap yang normal
INGAT!!! Pengambilan GARAM BERLEBIHAN boleh meningkatkan tekanan darah bagi sesetengah individu yang berisiko.

BERAPA BANYAK GARAM YANG KITA PERLUKAN?
Kita hanya perlu ambil garam KURANG daripada 6g (1 sudu teh) sehari, termasuk garam tersembunyi.
Makanya, yang kerap ambil lebih dari 1 sudu teh perlu kurangkan ye.


TIPS MENGURANGKAN PENGAMBILAN GARAM

  • ·         Gunakan perencah asli seperti jus limau dan rempah ratus
  • ·         Kurangkan pengambilan garam, perisa tiruan kicap dan taucu dalam masakan.
  • ·         Kurangkan pengambilan makanan yang diproses seperti makanan dalam tin, sosej, burger dan makanan segera.
  • ·         Kurangkan penggunaan mayonis dan keju dalam penyediaan makanan.
  • ·         Kurangkan makanan ringan yang masin seperti keropok dan kacang bergaram.
  • ·         Kurangkan makanan yang diawet seperti ikan masin, telur masin, belacan, cencaluk, budu serta jeruk sdin buah-buahan dan sayur-sayuran
  • ·         Baca label makanan dan elakkan membeli makanan yang tinggi dengan Natrium Klorida dan Monosodium Glutamate (MSG)
  • ·         Hadkan pengambilan garam kepada 1 sudu teh (6g) sehari.

Berikut adalah senarai MAKANAN TINGGI KANDUNGAN GARAM




Ingat ya, GARAM YANG BERLEBIHAN MENINGKATKAN RISIKO TEKANAN DARAH TINGGI. Jaga-jaga dengan pengambilan GARAM ya.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...