Pages

1.30.2019

CARA MENGESAN PENYAKIT TIBI



PENYAKIT TIBI

Apa itu penyakit TIBI? Penyakit Tibi ialah sejenis penyakit berjangkit disebabkan oleh kuman "Mycobacterium Tuberculosis" (Kuman TB). Kebanyakkan individu yang dijangkiti tidak akan mendapat penyakit Tibi kerana kuman-kuman Tibi akan terpendam dan aktif di dalam badan seseorang. Akan tetapi jika sistem pertahanan badan seseorang itu menurun, Tibi menjadi aktif dan menjadikan seseorang itu menghidapi penyakit Tibi.

Seperti demam selesema, penyakit tibi boleh berjangkit melalui udara. Hanya mereka yang menghidap penyakit tibi boleh menjadi punca jangkitan kepada orang lain.
Pesakit yang dijangkiti oleh penyakit tersebut akan membekalkan kuman tibi di udara apabila mereka batuk, bersin, bercakap dan meludah.
Sesiapa sahaja yang menyedut udara yang telah dicemari oleh kuman tibi berkenaan walaupun sedikit mereka boleh terkena jangkitan penyakit tersebut.
Kuman tersebut dinamakan Mycobecteriam Tuberculosis. Penghidap yang dijangkiti boleh menjadi pembawa jangkitan kepada 15 hingga 20 orang setiap tahun.
Kajian yang dijalankan mendapati seramai 1.7 juta manusia telah dijangkiti Mycobecteriam Baccillai yang telah membunuh 2 juta penduduk dunia setiap tahun.
Peningkatan jumlah pesakit yang dijangkiti tibi di seluruh dunia, terutamanya di negara-negara Asia Tenggara, berada dalam situasi yang membimbangkan.
Ini disebabkan kurang kesedaran di kalangan masyarakat dan perpindahan penduduk dari negara-negara yang tinggi risiko wabak penyakit itu.
Masalah tersebut semakin serius apabila program kawalan penyakit tibi yang dilaksanakan di negara-negara berkenaan kurang berkesan dan keadaan bertambah rumit kerana berlaku pertambahan pembawa virus HIV di kalangan masyarakat.
Pembawa virus HIV pula terdedah kepada jangkitan tibi pada kadar 50% berbanding 10 peratus bagi yang tidak dijangkiti HIV.

Tanda-tanda dan gejala

Jangkitan tibi pada organ paru-paru melebihi 90% pesakit. Ini bermakna tanda-tanda dan gejala umum penyakit ini lebih berkait rapat dengan paru-paru.
Gejala yang biasa berlaku ialah:
- Batuk lebih daripada dua minggu
- Demam berpanjangan
- Berpeluh waktu malam
- Kurang selera makan
- Hilang berat badan
- Penat, letih dan lesu
- Muntah berdarah
- Gangguan suara.

Tanda-tanda dan gejala-gejala di atas hampir serupa dengan pesakit-pesakit yang telah dijangkiti.
Sekiranya sejarah pesakit berhubung kait dengan anggota keluarga yang menghidap tibi, ia dinamakan `Kontek Tibi'. Dalam kes ini risiko jangkitan adalah terlalu tinggi dan pemeriksaan perlu dilakukan segera.
Tanda-tanda dan gejala jangkitan mempunyai hubung kait dengan organ yang telah dijangkiti seperti bengkak kelenjar, pening kepala, bengkak tulang dan keadaan kurang selesa di saluran usus.
Tibi paru-paru atau Pulmonary TB merupakan jangkitan yang kerap berlaku jika dibandingkan dengan organ-organ lain manusia.

PEMERIKSAAN
Sehubungan itu, pemeriksaan kahak melalui mikroskop perlu dijalankan bagi membolehkan basillai tibi dikesan di dalam kahak pesakit.
Proses berkenaan digunakan 100% untuk mengesan jangkitan penyakit tibi. Bagaimanapun, hanya satu contoh kahak pesakit tidak mencukupi untuk mengesan penyakit itu. Biasanya proses tersebut memerlukan sebanyak 3 contoh pemeriksaan untuk digunakan sebagai perbandingan keputusan.
Selain itu, pemeriksaan X-ray pada bahagian dada juga perlu dilaksanakan bagi memastikan tahap jangkitan dan kerosakan sel paru-paru yang telah dijangkiti.

RAWATAN

Rawatan penyakit tibi memerlukan tempoh yang lama. Ia disebabkan oleh Mycobecteriam Baccillai yang sukar untuk dihapuskan kerana ia akan menjadi kebal (resistant).
Rawatan bagi penyakit tibi memerlukan pengambilan antibiotik dalam tempoh 6 bulan bagi menyembuhkan pesakit.
Bagi 2 bulan pertama rawatan, pesakit dikehendaki mengambil ubat antitibi setiap hari dan sekiranya ada kejayaan pada tahap rawatan berkenaan pesakit dikehendaki mengikuti rawatan selama empat bulan berikutnya yang mana pesakit diperlukan mengambil ubat antitibi dua kali seminggu.
Ubat antitibi boleh diambil dalam bentuk suntikan atau tablet. Dalam tempoh rawatan tersebut segelintir pesakit akan mengalami kesan sampingan akibat pengambilan ubat tersebut. Namun, ia tidak berbahaya serta boleh dikawal. Sepanjang rawatan penyakit tibi, pesakit memerlukan kesungguhan untuk membolehkan mereka menamatkan rawatan.

Jadi, sekiranya korang rasa ada simtom-simtom seperti yang dinyatakan diatas, cepat-cepat dapatkan rawatan. Almaklumlah negara kita sekarang ni pon ramai pekerja asing yang mostly penyumbang TERBESAR penyakit TIBI ni.


Biar kita ambil precaution sesiap. Bukan apa, bila dah kena, makan masa tau nak pulih.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...