Posts

Showing posts from 2019

Cara Halau Nyamuk dari Bayi

Image
Bahagia kan bila ada anak kecil? Seronok tengok teletah mereka. Tak kira lah bayi mahupun kanak-kanak, pasti ada saja aktiviti dan perangai mereka yang buat kita tersenyum.  Dalam fasa membesar ni pastinya banyak yang mereka bakal dan suka untuk teroka. Terutama sekali bila dapat buat aktiviti diluar rumah bukan? Dulu pemikiran kita sangat skeptikal bila anak main kat luar ni. Risau anak jatuh la, cepat kotor bajunya la kan, risau kena gigit nyamuk la kan?  Anak dan taman mainan tak boleh dipisahkan. Namun, jika kita tak beri mereka peluang meneroka dalam fasa umur begini,  anak kita tidak akan dapat belajar sesuatu. Rugilah buat mereka tau. Ye, umum tahu bahaya gigitan nyamuk ni kan. Tambahan kalau kawasan kita tu ada kes denggi. Lagi lah merisaukan mak ayah. Makhluk halus yang sering ada dimana-mana dan boleh juga mengancam nyawa. Untuk mak ayah yang risau anaknya terdedah dengan risiko digigit nyamuk, jangan pening-pening. Kini Tasneem Naturel telah mengeluarkan 1

Set Berpantang Terbaik Pilihan Ibu

Image
Setiap ibu yang hamil pastinya menginginkan suasana berpantang yang tenang dan relaks ketika tempoh berpantang nanti. Segala persiapan baik dari segi pakaian, mandian dan perkakas bayi sudah tersiap rapi disediakan. Begitu juga dengan Set berpantang ibu. Pastinya ibu sudah membuat persiapan yang rapi dan mencukupi untuk digunakan ketika berpantang nanti. Antara set berpantang yang sering dicari seperti  Phytonatal dari Nona Roguy,  Shaklee,  Afiat dan  Tanamera. Ini antara carian Set Berpantang tertinggi yang direkodkan dalam carian. Tak kisah lah set berpantang mana yang dipilih pastinya ianya akan digunakan sebaiknya dan memberi manfaat kepada ibu berpantang. Didalam kita sibuk memilih dan mencari set berpantang untuk ibu, jangan dilupa juga pada Set berpantang bayi. Ada ke Set Berpantang Bayi? Ada tau. Hehehe. Tapi kami panggil Set Newborn Bayi. Dapat yang mudah dijaga, mudah tidur, memang banyak rest la mamanya kan.  Perlukah kita sediakan Set Newborn Bayi ni? Ja

Cara Merawat Kembung Perut Bayi Dengan Cepat

Image
Kehadiran bayi pastinya dinantikan buat ibu ayah yang lama menanti kehadiran simanja. Segala keperluan bayi pastinya disediakan terutama sekali minyak telon kan? Pasti ada sahaja minyak telon dalam senarai pencarian ibu ayah kan? Antara pilihan minyak telon mak ayah turun temurun Minyak telon ni kita mak ayah sediakan sebab sebolehnya nak elakkan dari bayi kita diserang kembung perut. Tak kena tak apa, tapi kalau dah kena, jenuh kita nak tenangkan anak dan legakan kembung perut anak. Antara punca bayi mudah kena kembung perut ialah: Cara penyusuan yang tidak betul. Pemilihan puting botol susu yang tidak sesuai (pilih lah puting botol susu yang anti colic) Usus yang sensetif dengan protein susu lembu (jika menyusu susu botol) Tanda bayi kembung perut Ibu ayah tahu tak macam mana nak ketahui bahawa anak kalian kena kembung perut? Jom kita ikuti tanda-tanda nya ya. Tanda bayi anda kembung perut Bayi menangis lama, menangis tak boleh bawak bincang lah kir

Kleenzy Pencuci Botol Susu Organik Terbaik

Image
Bayi dan botol susu berpisah tiada. Tambahan pula buat bayi yang ditinggalkan kepada pengasuh, taska dan sebagainya. Sifat ayi ini amat sensetif. Serba serbi organ, badan mereka masih belum matang sepenuhnya.  Jadi, kebersihan amatlah perlu dipandang serius dan dititik beratkan. Tambahan pula bila membabitkan makan atau minum bayi. Seringkali juga kita mendengar keluhan ibu-ibu diluar sana yang seringkali perlu menukar puting susu botol simanja. Buat mereka yang menggunakan puting botol jenis biasa rasanya tiada masalah untuk tukar setiap minggu. Namun, ada juga bayi yang sudah biasa dengan sesuatu jenis puting dan ianya sukar untuk didaptkan secara kerap.  Ibu ayah tahu tak kesan penggunaan puting susu yang berkerak pada bayi? kalau tak tahu jom kita lihat sebentar apakah kesan sekiranya kita membiarkan bayi terus menggunakan puting botol susu yang berkerak. Kleenzy insyaallah bakal membantu ibu-ibu diluar sana dalam menyelesaikan masalah kerak susu pada puting botol

New Baby Range Produk Bayi Terbaik

Image
Setiap ibu bapa pastinya hendakkan yang terbaik untuk anaknya. Apatah lagi ibu bapa yang menantikan kelahiran cahaya mata yang pertama. Pastinya akan mencari dan menyediakan yang terbaik untuk bayi pertama mereka. Umum ketahui kan kulit simanja sangat-sangat sensetif. Salah pilih produk pastinya akan membuatkan kulit anak merengsa dan memberi kesan kepada bayi dan juga mata yang melihat. Dan kini minda ibu bapa juga semakin terbuka dan menginginkan produk yang selamat untuk simanja. Terpanggil dengan keterbukaan ibu bapa mengenai produk yang tanpa bahan kimia berbahaya, selamat Tasneem Naturel telah melancarkan 10 rangkaian produk bayi Terbaik di Malaysia. Rangkaian produk ini terdiri daripada mandian bayi, pelembap kulit bayi, 'hand santizer, minyak urutan bayi, pencuci botol dan puting susu bayi, spray penghalau serangga, pencuci mainan bayi dan juga spray untuk memudahkan bayi tidur. Kleenzy Pencuci Puting dan Botol Susu Terbaik Bayi sangat mudah terdeda

Cara Mencegah Asthma Pada Bayi

Image
Semput, sukar bernafas seringkali berlaku kepada bayi dan juga kanak-kanak. Semput atau nama penyakit sebenarnya,Bronkitis adalah keradangan atau bengkak tiub bronkus (bronchi), saluran udara antara mulut dan hidung dan paru-paru.  Lebih khusus lagi, bronkitis menggambarkan keadaan di mana lapisan tiub bronkial menjadi meradang. Individu yang mempunyai penyakit Bronkitis mempunyai keupayaan yang kurang untuk menghirup udara dan oksigen ke dalam paru-parunya. Mereka juga tidak dapat membersihkan mukus atau kahak yang lebat dari saluran udara mereka. Bronkitis ini menyerang tidak kira usia dewasa mahupun kanak-kanak. Namun, bayi dan kanak-kanak antara golongan yang paling mudah dijangkiti Bronkitis ini. Ini kerana mereka sukar dan tidak boleh untuk membuang mukus sendiri. Dan kebanyakan bayi sendiri masih belum sepenuhnya matang dengan organ mereka. Organ mereka sendiri masih amat sensetif dan mudah untuk dijangkiti. Bronkitis boleh disebabkan oleh virus, bakteria, dan zarah