Yang muda disayangi, Yang Tua dihormati

Assalamualaikum wbt.

Sihat ke korang. Moga korang sentiasa dalam lindungan Allah hendaknya.

Lately banyak juga kita dapat berita or terbaca kisah anak-anak yang meminggirkan ibu ayah sampai ada yang sanggup menghantar ibu bapa ke Rumah Orang Tua. Sangat menyedihkan bila mana terbaca kisah sebegini.

Tak sedar kah kita masa kita kecil-kecil dahulu, bersusah payah mak ayah kita menjaga, membimbing, mendidik kita walaupun tika ada kalanya duit cukup-cukup makan sahaja.

Mak ayah kita sanggup bergolok bergadai demi kelangsungan hidup dan keperluan anak tersayang. Tapi, bila kalian sudah besar, dah bekerjaya dan punya harta sendiri kalian buat hati mak ayah seperti tiada perasaan?

Mak ayah tak sedikit pun meminta balasan, apatah lagi duit kalian. Yang diharap dan dipinta walau tak terluah dengan kata-kata hanyalah masa kalian.

Sesibuk mana pun kita wahai anak-anak, cubalah curi masa sedikit pulang ke kampung jenguk mak ayah kita. Balik 1-2 hari tu pun dah cukup mengembirakan hati mereka.

Masa mereka ada la kita nak bahagiakan hati mereka. Ramai kawan-kawan lain yang tidak punya mak ayah merindui masa bersama mak ayah mereka. Kita yang punya mak ayah ni mohon jaga dan sayangi mereka seadanya.

Doa mereka sangat mustajab terutama mak kita yang mengandung, melahirkan dan membesarkan kita. Jaga lubuk pahala kita kawan-kawan

Comments

Popular posts from this blog

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN GMO

DILEMA MOMMY PREGGY

PETUA HILANGKAN GATAL BADAN