TIPS BERPUASA SECARA SIHAT

Assalamualaikum. Alhamdulillah, masih berkesempatan kita untuk bertemu Ramadhan kali ni. Moga segala amalan yang kita kerjakan dibulan mulia ini tidak terhenti ditengah jalan dan diterimaNYA.
Banyak khaifiat dan kelebihan yang bakal kita terima jika segala amalan kita diterimanya. Nama pun bulan mulia, bulan yang diampunkan dosa, bulan.seribu rahmat. Jadi, jangan lepaskan peluang yang telah diberikanNYA.

Semalam sewaktu Qiqi menonton rancangan Persepsi di TV ALHIJRAH, pakar pemakanan mencadangkan, sebaik-baiknya ketika Ramadhan ini cara pemakanan kita adalah seperti berikut:

SAHUR - Makan seperti LUNCH (karbo, protein,sayur, buah)
BERBUKA - Makan seperti DINNER ( karbo, protein, sayur, buah) » lebih ringan dari sahur
MOREH - Makan seperti BREAKFAST ( Mee, bihun dan sebagainya)

Untuk badan mendapat hidangan lengkap ketika puasa, boleh follow seperti yang dicadangkan ye
Psst!!! Karbo tu tak semestinya nasi sahaja ye. Bijirin, biskut, roti juga adalah sumber karbohidrat ye.
Cadangan hidangan ini amat sesuai untuk semua golongan tau. Termasuklah ibu mengandung, menyusu, dan kanak-kanak yang baru belajar berpuasa.

Biarlah kita makan dengan sederhana dan merasai nikmat berpuasa dan bertarawih itu dengan tenang dan mudah.

Comments

Popular posts from this blog

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN GMO

DILEMA MOMMY PREGGY

PETUA HILANGKAN GATAL BADAN