PERSIAPAN KELAHIRAN

Assalamualaikum korang. Sihat ke? Lama sungguh la Qiqi tak berceloteh dekat blog kesayangan ni kan. Rindu sangat sebenarnya tapi kekangan masa dan keadaan membuatkan diri ni terpaksa pendamkan apa yang terbuku dihati ni. Hehehe....

Ada diantara kita yang sedia maklum Qiqi ni sedang hamil anak ke 2. Tapi tak semua yang tahu sebab tak ramai rakan blogger yang berkawan di Facebook. Hehehe.. Takpa, sini pun tahu juga kan? Alhamdulillah, sekarang dah 27 minggu dah usia kandungan Qiqi. So far, pengalaman kali ni tak seteruk yang sulung. Kali ni lebih santai, tak terlalu banyak muntah tapi lebih kepada pening. Perubahan hormon kata nurse. Biasa la kan, dah preggy memang hormon kita dah lain, banyak yang naik dan turunnya.

Syukur juga di awal kehamilan haritu K. Yong @ Qistina tak terlalu meragam. Nak jadi kakak kan, alhamdulillah le dia OK. Kalau tak, haru juga la kan mamanya pening, dia pula tambahkan pening lagi. Hehehehe. Cumanya kali ni yang Qiqi perasan lebih sensitif. Cepat je air mata ni mengalir. Terasa ngan suami la, dengan si k. Yong la, ngan mak la. Pendek kata over sensetif gitu. Bukan sewaktu awal kehamilan tapi semenjak 2 menjak ni. Sabar jele orang kat dalam rumah ni ha.

Mengenai persiapan kelahiran baby 2nd ni actually Qiqi dan suami belum beli apa-apa pun lagi tau. Walaupun usia kandungan la ni dah 27 minggu. Risau juga kan sebab ada je yang bersalin 28 minggu gitu. Tapi harapnya adiknya ni jangan lah excited sangat nak keluar awal ye. Banyaj juga barang yang perlu dibeli nanti :

Untuk BABY:
  1. Baju newborn (lengen pendek, panjang, berlubang)
  2. Sarung tangan & kaki
  3. Napkin (sebab kalau tak beli kompom berebut punya kakaknye tu)
  4. Pampers (hospital hanya sediakan 1 diapers..lepas baby dibersihkan)
  5. Losyen/bedak
  6. Minyak Yu Yi (minyak baby)
  7. Tisu wipes & yg biasa..utk lap montot baby lepas berak
  8. Barut
  9. Kain utk bedung baby
Untuk MAMAnya:
  1. Pad utk darah nifas ( kita kena sediakan siap2. Ada gak sblm masuk wad bersalin tu, nurse dah mintak sanitary pad drpd kita
  2. Underwear & nursing bra (++boleh juga bawa disposable panties)
  3. Set berpantang
Untuk mamanya memang tak banyak mana. Lebihkan untuk si anak je... Hehehe... Dulu banyak barang dapat hadiah dari rakan sekerja, rakan baik, jiran terdekat. Kali ni tak tau le rezeki yang second ni. Hehhehe.. InsyaALLAH, dipermudahkan segalanya kan?

Untuk yang SET BERPANTANG tu masa berpantang k. yong, Qiqi amalkan SET BERPANTANG SHAKLEE. Kali ni InsyaALLAH takkan bertukar, still set yang sama. Nanti Qiqi sharekan apa KELEBIHAN SET BERPANTANG SHAKLEE ni berbanding yang lain. Stay tuned!!!!

Pssttt: Throwback pic.. Hehehehe

Comments

Popular posts from this blog

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN GMO

DILEMA MOMMY PREGGY

PETUA HILANGKAN GATAL BADAN