STROK HABA! JANGAN AMBIL RINGAN!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera kalian semua. Moga kalian berada dalam keadaan yang sihat-sihat dan baik-baik sahaja ye. Actually semalam tok Qiqi ada masalah kesihatan sedikit. Demam panas secara tiba-tiba. Memang takkan benarkan lah tok tu nak balik rumahnya duduk sensorang dekat rumah. Bila jadi macam ni dan andai kata jadi kat rumahnya memang tak tau la apa jadi sebab dia sensorang kan.

Yang ada dengan kami ni pun puas juga nak dengar bila dia panggil sebabnya bila masing-masing
pintu tertutup dan secara automatiknya memang susah nak dengar bunyi keluar. Apatah lagi rumah mak Qiqi ni tepi jalan. Motor, kereta lalu lalang , tambah-tambah musim cuti sekolah ni kan. Lagi meriah lah jalan kat sini. Sangat-sangat bahaya!

Actualy harini Qiqi nak share kan sesuatu yang Qiqi rasa amat-amatt penting dikala musim kemarau kembali datang ni. Masakan tidak, peristiwa yang berlaku pada nenek Qiqi semalam benar-benar mengingatkan Qiqi supaya lebih peka dengan keadaan kemarau sekarang ni. Jangan lah diambil ringan ye. Kemarau sekarang dengan kemarau 10 tahun lepas memang banyak beza. Sekarang lebih ekstrem.Walaupun duduk di dalam ruang atau bilik hawa dingin, tekak masih terasa kering dan tidak mengurangkan suhu badan yang terasa panas, termasuk pada waktu malam.

Sebab apa Qiqi kata jangan ambil ringan dengan kepanasan melampau ni? Ini kerana bila perubahan suhu yang mendadak dan ekstrem ni boleh mengakibatkan:

  • Sakit kepala
  • Demam
  • Batuk
  • Selesema
  • Radang kulit (ruam)
  • PALING BAHAYA --> STROK HABA
Strok haba sebenarnya ialah sejenis bentuk hipotermia, keadaan suhu badan meningkat lebih dari paras normal. Dalam erti kata lain, strok haba adalah penyakit berkaitan haba. Ia adalah satu kecemasan perubatan yang boleh mengancam nyawa disebabkan kegagalan peraturan suhu badan (thermoregulation) mekanisme.

Tidak seperti penyakit haba yang lain, strok haba dicirikan oleh ketinggian melampau suhu badan (hyperthermia) dan berkaitan pusat disfungsi sistem saraf dan disfungsi organ.

Strok haba tidak sama seperti serangan strok, sebaliknya ‘strok’ adalah istilah umum digunakan untuk menggambarkan aliran oksigen berkurangan kepada kawasan otak.

Dalam keadaan cuaca yang teruk seperti Asia Barat terutama di Oman, badan kita melaksanakan pelbagai jenis fungsi yang kemudian membebaskan radiasi yang disebabkan oleh ‘aktiviti metabolik’ melalui peluh atau pembuangan haba daripada kulit. Ini adalah satu cara badan dapat mengekalkan suhu normal. Ketidakseimbangan dalam suhu badan akan mengakibatkan strok haba yang juga boleh membawa maut jika tidak dirawat dengan segera.


Siapakah yang berisiko tinggi mudah diserang strok haba?
  • Buruh
  • Peladang
  • Ahli sukan 
  • Tentera
  • Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah 
BERISIKO BERKALI GANDA:
  • Pesakit darah tinggi
  • Kencing manis 
  • Kelenjar tiroid
Amalan mengelak jangkitan penyakit sepanjang musim panas

Perlu:
* Banyak minum tanpa mengira tahap aktiviti anda. Jangan tunggu hingga dahaga.
* Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
* Berada di dalam rumah atau bangunan.
* Hadkan aktiviti luar.
* Berehat dengan kerap.
* Mandi atau buka kipas angin untuk menyejukkan badan.
* Pakai pakaian ringan, berwarna terang dan longgar.
* Sewajarnya pakai pakaian diperbuat daripada 100 peratus kapas.
* Pakai topi atau payung. Ia dapat mengelak mengawal 40 peratus haba pada bahagian kepala

Jangan/ tidak perlu:
* Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol atau kandungan gula yang tinggi. 
* Jangan duduk di dalam kereta yang bertutup tanpa pendingin hawa.
* Bersenam dalam cuaca panas

Simptom strok haba:
* Muka kemerah-merahan
* Tidak berpeluh
* Suhu badan meningkat ketara
* Sawan
* Sakit kepala
* Denyutan nadi pantas
* Tidak sedarkan diri
* Lesu
* Bingung
* Kulit kering.

Bagaimana anda merawat mangsa strok haba:

* Mangsa strok haba mesti menerima rawatan segera untuk mengelakkan kerosakan organ kekal. Pertama sekali, menyejukkan mangsa.
Bawa atau alihkan mangsa ke kawasan yang redup, tanggalkan pakaian, sapukan air sejuk atau suam pada kulit.
* Kipas mangsa untuk menggalakkan peluh dan penyejatan. Letakkan pek ais tempat di bawah ketiak dan pangkal paha.
* Jika mangsa mampu untuk minum cecair, berikannya minuman, tetapi pastikan ia tidak mengandungi alkohol atau kafein.
* Pantau suhu badan dengan termometer dan teruskan usaha penyejukan sehingga suhu badan turun ke 38.3 hingga 38.8 darjah celcius.
* Jika keadaan tidak berubah, segera bawa ke klinik atau hospital.

Langkah-langkah ini juga yang kami lakukan ketika tok mengalami demam semalam dan akhirnya kami menyerahkan tok kepada pihak yang lebih arif dan pakar. Mereka lebih mengetahui. Apa yang kita tahu tok sedang mengalami demam panas namun, penyakit lain tidak lagi diketahui. Berita terbaru yang Qiqi dapat dari Mak, to mengalami masalah hati dan sedang dirujuk di hospital.

Doakan kesihatan dan keselamatan tok Qiqi ye. Moga tok cepat sembuh. Pasal Strok haba ni jangan buat main ye korang. Berjaga-jagalah sebelum kena ;) Pilihan minuman isotonik Qiqi adalah PERFORMANCE DRINK. Nanti next entri akan Qiqi sharekan kebaikan PERFORMANCE DRINK dikala kemarau ni ye :)

************************
Cikpuan Qiqi
FB PAGE: MAMA QIQI SHOPPE
SID: 947852
SMS: 012 5990907
WHATSAPP: 019 4754166
EMAIL: cikqiqi@gmail.com
BLOG: http://mamaqiqishoppe.blogspot.com
************************
SHAKLEE. ALWAYS SAFE, HALAL, NATURAL & RECOMMENDED

Comments

Popular posts from this blog

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN GMO

DILEMA MOMMY PREGGY

PETUA HILANGKAN GATAL BADAN