REZEKI ITU MILIK ALLAH

Assalamualaikum.

Lama sungguh rasanya tak berceloteh di blog kesayangan ni Hampir 3 tahun sudah usia blog ni. Namun ada kalanya sunyi sepi dek kerana kekangan masa. Namun, tidak terlintas untuk terus berhenti menulis kerana banyakperkara yang ingin dikongsikn bersama.

Dulu buat blog sekadar suka-suka. Bila dah tersuka, terjoin pula bisnes yang memang bikin jatuh cinta, lagi asyik lah kan. Namun akibat kekangan masa dan penyakit M mai, blog ni sunyi sepi. InsyaALLAH, will keep updating this blog everyday.

Actually ada berita gembira yang telah Qiqi terima bulan lepas iaitu kehadiran sikecil senonet dalam rahim ku yang kecil ni. Alhamdulillah, jika dikira sehingga ke hari ni sudh 9 minggu dah usia kandungan.Memang sebenarnya kehadirannya tidak dirancang, namun kuasa ALLAH tu tiada tolok bandingnya. Sebelum2 ni actually Qiqi ada amalkan VITAMIN E SHAKLEE ni untuk AWET MUDA, KECUT JERAWAT & PERBAIKI MASALAH TUMIT MEREKAH juga. Selalunya setiap bulan sebelum ni takda pun lekat benih dalam rahim tu. Tapi KUASA ALLAH kan, kau elak camane pun, jika tiba masanya,  jadilah ia.

Gembira? Semestinya suami lah orang paling gembira. Memang asyik sebut bila la Qistina nak dapat adik. Nak dapat adik. Sekali,rezeki mari bulan lepas. Syukur Alhamdulillah. InsyaALLAH tahun ni 2 baby la keluar. Sorang dari family kami, sorang lagi dari adik yang second. Moga2 dipermudahkan segala urusan.

Apa yang Qiqi consume preggy kali ni? RAHSIA....Ehehee... Acah je. Next entry Qiqi akan sharekan ape yang Qiqi amalak ketika preggy ni ye. 

Pssttt.. Tetiba teringat dekat sicomel mama, Mek Jera. Tomorrow mama go back okeyh syg...

Comments

Popular posts from this blog

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN GMO

DILEMA MOMMY PREGGY

PETUA HILANGKAN GATAL BADAN