TIPS PENYUSUAN IBU BEKERJAYA

Setiap ibu pastinya ingin memberi yang terbaik untuk simanja nya. Namun, ramai ibu2 yang kusut untuk memikirkan bagaimana untuk memberi susu ibu yg terbaik ini untuk anaknya, terutama sekali ibu yg bekerjaya. 


Kejayaan penyusuan eksklusif tanpa makanan pelengkap, susu formula dan air kosong selama enam bulan oleh para ibu bekerjaya banyak bergantung kepada beberapa faktor sampingan.

1. TIMBA ILMU SEPANJANG MASA

Memasang niat untuk menyusukan bayi sejurus selepas kelahirannya.

♥ Anda dan suami digalakkan untuk menyertai mana-mana kelas persediaan penyusuan susu ibu yang kini banyak dikendalikan oleh kaunselor-kaunselor laktasi bertauliah.

Perlu menanam sikap rajin membaca bahan bacaan berkaitan dan melayari laman web atau forum yang banyak mendedahkan maklumat penting tentang penyusuan susu ibu seperti La Leche League Leader (LLLL) atau Kellymom.

Jika mengalami apa-apa masalah berkaitan, dapatkanlah pandangan dan penjelasan bagi menjawab apa jua kemusykilan yang dihadapi daripada kaunselor dan pakar laktasi yang diiktiraf. Anda boleh merujuk kepada rangkaian Malaysian Breastfeeding Peer Counselor untuk menimba ilmu penyusuan ibu.

2. MULAKAN DENGAN BETUL

Keraplah menyusukan bayi.
Menyusu pd posisi yg betul & selesa
Menyusukan bayi mengikut keperluannya.
Digalakkan untuk tidur bersama bayi (co-sleeping) sepanjang tempoh penyusuan agar berupaya untuk menyusukan bayi pada masa-masa yang diinginkannya.
Tidak menggunakan puting kosong dalam usaha menenangkan bayi yang meragam.

3. SIMPAN STOK SUSU

Sewaktu berada di tempat kerja anda perlu menjalankan rutin memerah susu supaya anda dapat menyimpan stok perahan susu ibu yang bukan sahaja cukup untuk keperluannya esok hari malah untuk tempoh jangka masa yang lebih panjang.

Lebih disyorkan untuk memerah susu ibu menggunakan tangan menerusi aplikasi teknik Marmet. Namun, jika kesuntukan masa dan/atau masih belum mahir untuk melakukan teknik ini, anda boleh menggunakan pam payu dara yang bersesuaian.

4. PERALATAN PENYUSUAN BERKAITAN

Membeli peralatan penyusuan yang benar-benar perlu dimiliki

Boleh bertanya dan merujuk kepada para ibu lain yang telah berjaya menyusukan bayi masing-masing.

5. BINCANG DENGAN MAJIKAN

Mengadakan perbincangan dgn majikan utk menggunakan sedikit waktu daripada masa kerja untuk melakukan rutin memerah payu dara.

Mengutarakan pandangan kepada majikan untuk menyediakan ruangan khas bagi membolehkan anda dan rakan-rakan lain yang turut sama mengamalkan penyusuan susu ibu secara eksklusif.

6. PERAH SUSU DI PEJABAT

Jika bekerja 8 jam sehari, digalakkan untuk memerah payu dara sekurang-kurangnya 2 hingga 3 kali sepanjang tempoh berkenaan.

7. KURANGKAN TEKANAN

 
Memerah susu dlm keadaan gelap
Memerah susu dlm keadaan mata tertutup

8. MAKAN SECARA SIHAT


Jangan skip waktu makan utama
Banyakkan makan sayur- sayuran & buah2

9. IKUT KEPERLUAN BAYI

Supply vs Demand

Comments

Popular posts from this blog

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN GMO

DILEMA MOMMY PREGGY

PETUA HILANGKAN GATAL BADAN