10.03.2013

SENARAI SEMAK TRIMESTER PERTAMA HAMIL

♥CHECKLIST 1ST TRIMESTER♥

Adakah anda baru disahkan hamil? Jika ya, anda perlu membuat senarai semak perkara yang wajib dilakukan oleh wanita hamil. Semuanya demi memastikan keselamatan ibu dan bayi yang dikandung.

1. PASTIKAN ANDA BENAR-BENAR HAMIL

★ Buat ujian kehamilan sendiri sebaik lewat datang bulan berbanding biasa.

2. BUAT TEMUJANJI PEMERIKSAAN

★ Jumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut dan khidmat nasihat ibu hamil.

3. PASTIKAN SEMUA AKTIVITI ANDA SELAMAT

★ Jangan abaikan keselamatan diri anda dan bayi yang dikandung kerana anda tidak tahu tahap kekuatan diri di awal kehamilan.

4. AMALKAN PEMAKANAN YG SIHAT

★ Loya di awal trimester memang agak sukar tetapi pastikan anda sentiasa pilih makanan yang terbaik. Amalkan buah-buahan +++ dptkn sumber kalsium seperti ikan bilis.

5. MINUM AIR SECUKUPNYA

★ Ketika hamil, anda memerlukan 6-8 gelas cecair setiap hari.

6. TIDUR AWAL

★ Anda mungkin berasa cepat letih berbanding biasa. Jadi, lebih baik tidur awal.

7. PILIH MASA SESUAI UNTUK UMUMKAN KEHAMILAN

★ Ada wanita yang teruja untuk berkongsi kegembiraan tetapi ada juga yang hendak melepaskan trimester pertama sebelum berkongsi berita gembira. Semuanya terpulang kepada anda.

8. AMALKAN VITAMIN PRANATAL

★ Suplemen asid folik sangat penting pada trimester pertama. Ia mengurangkan risiko kecacatan tiub neural.

★ Boleh amalkan B COMPLEX SHAKLEE. Ianya kaya dengan asid folik

9. PILIH DOKTOR

Bertanyalah dengan kawan-kawan, saudara mengenai pemilihan doktor sakit puan anda.

10. PASTIKAN UBAT-UBATAN SELAMAT

★ Jangan sembarangan memakan ubat tanpa nasihat daripada doktor.

11. PENUHKAN DAPUR DENGAN MAKANAN YG SIHAT

★ Pastikan pantry, kabinet dapur dan peti ais anda dipenuhi makanan mesra kehamilan.

★ Banyakkan pengambilan susu. Jika alah susu, boleh ganti dengan OSTEMATRIX SHAKLEE (KALSIUM)

★ Banyakkan buah-buahan & sayur-sayuran

12. PELAJARI TANDA-TANDA KOMPLIKASI SEMASA KEHAMILAN

★ Rajin-rajinlah membaca buku, majalah dan laman web mengenai kehamilan.

13.BELI COLI DAN SELUAR DALAM YANG BARU

★ Coli dan seluar dalam khas ibu hamil memang lebih selesa ketika ini.

14. BUAT BAJET BAYI

★ Anda sudah boleh mula mencongak perbelanjaan utk keperluan bayi.

15. TERUSKAN AKTIVITI BERSAMA PASANGAN JIKA BERKEINGINAN

★Anda mungkin berasa terlalu penat, moody atau letih untuk melakukan hubungan intim dengan suami. Tetapi jika anda berkeinginan, teruskan kerana seks ketika hamil adalah selamat.

JIKA INGIN MENDAPAT BARANGAN SHAKLEE, SILA TAIPKAN PERTANYAAN ANDA KEPADA:

FB: MAMA QIQI SHOPPE
EMAIL: cikqiqi@gmail.com
WHATSAPP: 019 4754166
COD AREA: BATU KURAU, KAMUNTING, TAIPING

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...