6.19.2013

SeLaMAt UlaNg TahUN PerTAMA sayanG!!!!

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Syukur Alhamdulillah masih lagi diberi ruang untuk bernafas di muka bumi ALLAH ini. Syukur ke hadrat Ilahi juga masih berkesempatan melihat puteri kesayangan ku membesar sempurna walaupun berjauhan..

Masih segar lagi dalam ingatan, tarikh yg sama, 19 June 2012. Sekitar jam 6 pagi lagi kami dah dikejutkan untuk bersiap-siap. Kalau diikutkan 6 orang yang bakal terlibat dalam pembedahan. Untuk Qiqi, Qiqi orang yg kedua yang bakal dibedah pada pagi tu.. Dalam jam 8.00 pagi orang pertama untuk dibedah dibawa ke bilik pembedahan. Waktu tengok akak tu yg kena bawa dulu, memang seram sejuk da rasa. Mak, Abah, Suami belum sampai lagi. Memang keseorangan waktu ni. Lebih kurang setengag jam selepas akk tu pergi, Qiqi lak disuruh menaiki katil yg telah mereka sediakan.

Waktu ni memang terasa sangat2 risau tapi kuatkan juga semangat untuk baby yg de dlm perut ni. Qiqi diminta memakai hair net, buka tali belakang baju untuk pembedahan nanti.Dalam 5 minit gitu dah sampai dah ke bilik pembedahan. Waktu sampai tu akak tu dah siap dah dibedah. Cuma tinggal untuk tengok stabil atau belum akk tu. Tepat pukul 9 pagi Qiqi telah dibawa masuk ke bilik pembedahan. Waktu tu pn mak abah n suami belum sampai2 lg. Keadaan jalan nak ke Klang memang mengambil masa kerana agi2 memang akan sesak punya. Redha terpaksa menghadapi nye sensorang. Waktu dalam bilik tu, seingat Qiqi, doktpr untuk bius sudah siap sedia dah. Perasaan waktu dalam bilik ni memang gementar sangat, tapi kuatkan semngat untk hadapinya dengan tenang, Qiqi telah dibius n separuh dari badan memang xde rase pape. Kebas semuanya dari pinggang ke bawah.

Dalam 9.10 minit Qiqi dah mula dibedah. Oksigen memang dibekalkan TAPI............. ada satu keadaan yg Qiqi tak pasti setiap mereka yg dibedah ada rase sebegini or tak. Qiqi terasa sesak nafas di satu saat tu..time tu semua nurse yg duk jaga Qiqi kiri n kanan da pergi ke area kaki.. mungkin nak tengok bby keluar. Tapi time tu jugak memang terasa itu saat2 akhir Qiqi leh tgk dunia..Sebak lak rasa time ni.. Memang mengucap tak henti2 waktu ni. Hanya ALLAH je yg tau camne rasa. Alhamdulillah. 9.20 gitu seorang baby girl telah selamat dilahirkn dan diberi nama Nurul Qistina Azra Bt Sherul Nizam.

Alhamdulillah...Alhamdulillah... Alhamdulillah. Syuku ke hadrat Ilahi, diberi kesempatan untuk melihat my gegirl lahir. Dan Alhamdulillah, harini genap setahun Azra hidup dengan Mama, Papa, T.ma... Terima kasih ALLAH kerana memberi peluang untuk ke merasai nikmat menjadi seorang mama. Sesungguhnya tiada yg lebih menggembirakan seorang wanita bile dapat melihat zuriatnya sendiri.

InsyaALLAH Azra, Bulan 7 ni permulaan untuk kite hidup bersama sayang. Mama akan jaga, didik Azra menjadi anak yg solehah. InyaALLAh. Selamat hari ulang tahun pertama Sayang!!!!!

1st day
1st year


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...