SeRaM...


Di suatu pagi yang hening lagi sunyi, sedang enak diulit mimpi, tiba-tiba kedengaran suatu bunyi yang amat mengejutkan.Kriukkkkkkk……Seakan memanggil-manggil diriku untuk terus menerjah ke arah bunyi itu. Walaupun dalam keadaan malas yang teramat sangat kerana di ulit mimpi, namun, aku terpaksa jua bangun untuk memastikan bunyi apakah yang sedang bermaharaja lela disana. Dengan berat hati dan malasnya, daku bangun jua kerana bunyi itu seakan-akan memaksa-maksa untuk aku membuka mata yang comel ini.

Dengan perlahan-lahan, daku buka kelopak mataku. Namun pabila daku buka mata, daku ternampak satu lembaga, putih badannya, namun kakinya,tidak pula tergambar ketika itu. Aku cuba perhati kembali lembaga itu, namun dengan renungan tajam lembaga itu merenung aku kembali. Kaget dan terkejut daku ketika itu..Bagai nak luruh jantungku saat itu.

Namun, dikala daku terkejut yang teramat sangat itu, daku terdengar satu suara lagi. Namun, yang mengherankan, suara tu suara lelaki. Hurm..jarang antu-antu ni lelaki.Aku pon memandang dan mencari suara itu. Makin garau pula suaranya. Lagi kecut perut dan urat saraf ku. Tapi, terpaksa jua daku mencekalkan diri dan menguatkan semangat untuk menjejaki suara-suara itu.

Disaat daku ingin mengecam apa yang diperkatakan, tiba-tiba daku terdengar, “Ai Nizam, nak g mane tu? Kemudian satu suara lagi menyahut. “Nak gi keje tok.Dah 6.45 dah ni. “Pukul 6.45?Baru pukul 2.45 la Nizam”. Nizam menjawab kembali, “Eh, da pukul 6.45 la tok. Ni duk bersiap-siap la ni”. Slow je nadanya. Mungkin tak mahu tidurku terganggu. Namun, hakikatnya tidurku terganggu, Hahah…Daku pon menyampuk sebab malas nak memanjangkan lagi perdebatan secara aman antara tok dan cucunya tu. Daku pun menyahut, “Yang, baru kul 2.45 pg la yg. Iye, baru pukul 2.45, tak caya, tengok ni”. Dan pabila daku melihat telefon kepunyaan Nizam, memang benar jam nya sudah menunjukkan jam 6.45 pagi namun, tarikhnya 1.1.2009!!! HAhahaa…..tergelak besar kami pagi-pagi buta tu. Tok kata,”Ingatkan tok yang tua-tua ni yang da nyanyok, rupanya, cucunye pon same je.

Hadoyai….Kalau kome-kome dapat tengok, memang da smart da Encek Nizam M-Spech Nur kita tu. Dengan pakai kemeja belang nye, dengan berseluar slacknya. Siap pakai jam lagi. Tunggu masa nak pakai stoking je. HAahha..nasib la tok sedar dulu. Kalau tak, de orang tu, g koje kol 2.45 pg tu…Hahahha


P/s: Hahaha...sape2 de pengalaman cenggini ke...meh kite share sme..kalo taknak...kite bakor aje..ahahha

Comments

  1. keh3...jam dia mati ke dia ngigau..haha..kelakar.

    ReplyDelete
  2. miaahahahahahahahahaha...semangat berkobar2 nk bekerja ke hape tu qiqi?


    Persoalan yg berlegar2 di kapla mak ni, mcmana qiqi leh ada kat tmpt kejadian tersebut? Ngehgehgehgeh...

    ReplyDelete
  3. @Lydia Miza(Aidyl Azim)

    Hahaha...die set jam tu da btoi.cume..........tarikhnye..taun 2009..hahaha..hadoyaiiii

    ReplyDelete
  4. @Lagenda

    Ops mak...jangan wat gosp2 liar ye..hahaha...dia mai mlawat kitorg dua beranak ni. Kononnye pagi tu nak gerak teru g tmpat keje le tu knonnye..Tapi...terekstra lebei awl..ahahha

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN GMO

DILEMA MOMMY PREGGY

PETUA HILANGKAN GATAL BADAN