3.14.2011

NikAH GantunG


Haish..Awat tetiba Cik Qiqi duk cakap pasai ni plak. Sebenarnya tak da benda pun. CUma teringat kata-kata member Qiqi yang still duk blaja kat MICET tu bila dapat tau Qiqi nak bertunag haritu. Persoalan yang ditanyakan olehnye ialah, "Kenapa tak nikah gantung terus?". Jawapan Qiqi pada masa tu hanyalah, "Ini pun mengejut, kalau nikah gantung apetah lagi. Hehehe".


Sebenarnya dikala nak menjawab soalan dari teman Qiqi tu, Qiqi pun tak berapa nak paham ape maksud nikah gantung tu. Baru sebentar tadi Qiqi dapat tau erti sebenar terma "nikah gantung" ini. Pada pendapat Qiqi la kan, ada 2 perspektif berbeza yang difahami oleh rakyat-rakyat dan umat Islam dinegara kita ni. Maksud Qiqi? Cuba fahami dulu Firman Allah ini:

Firman Allah swt yang bermaksud :

"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya kerana Allah swt Maha Luas rahmat dan kurnia-Nya lagi Maha Mengetahui." (Surah An-Nuur : Ayat 32)

Perkahwinan yang digalakkan oleh Islam ini sewajarnya dipermudahkan prosesnya agar generasi muda negara tidak liar dan kemaruk nafsu lalu terjebak dalam kancah seks bebas (zina).

Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ini ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai Nikah Gantung. Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang mempunyai 5 rukunnya iaitu :

>>Suami

>>Isteri

>>Wali

>>Saksi

>>Aqad (Ijab Qabul)

Cuma bezanya ialah pasangan pengantin (suami isteri) tidak tinggal serumah dalam tempoh-tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti (sekadar menyebut beberapa contoh) :

*Masih menuntut di kolej atau universiti

*Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah

*Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga

Justeru itu , buat tempoh tertentu pasangan suami isteri yang telah dinikahkan itu tinggal berasingan (atas persetujuan bersama kedua-dua pihak) dan barangkali tinggal bersama keluarga masing-masing sehinggalah mereka merasakan segala halangan di atas telah selesai dan mereka benar-benar bersedia mengharungi kehidupan berumahtangga yang besar tanggungjawabnya.

Kelebihan Nikah Gantung

Kelebihan Nikah Gantung ini ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang-undang negara. Andai dalam tempoh itu mereka bertemu, keluar makan, dating, study bersama bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks, maka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram.

Andai berlaku kehamilan, maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab (keturunan). Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah.

Kes buang bayi yang berleluasa hari ini rata-ratanya adalah ekoran rasa panik dan hilang pertimbangan akibat malu dan hilang maruah dari pasangan terbabit. Malah mereka juga takut untuk kembali kepangkuan keluarga justeru mereka mengetahui bahawa hubungan mereka salah dan mereka hamil hasil hubungan terlarang. Ia memalukan keluarga dan mencemarkan maruah bangsa dan agama. Akhirnya, jalan pintas dan terdesak yang ada pada mereka ialah buang bayi tersebut dengan harapan selesai masaalah dan beban yang mereka hadapi tanpa mereka menyedari bahawa akan mencetus bencana yang lebih parah kepada sosial negara.

Tapi yang Qiqi konpius sekarang ni kalau ikut adat, langsung tak boleh tinggal serumah, Tak boleh itu dan tak boleh ini. Seolah-olah ianya seperti tiada ikatan yang sah. Kadangkala, mengikut adat lebih susah dari ikut apa yang Islam permudahkan. Sebabnya mentaliti orang, masyarakat kita lebeih memetingkan adat dari agama.

Senang-senang, wat je majlis kecil-kecil, nak elak fitnah dari wat besar-besar orang ngate gak. Lagi 1 membazir, wat bpuluh-puluh ribu last2 bercerai..Mintak dijauhkan la..

p/s: Tok suh cam yang kat atas ni. Tapi mak wat2 tak dengar.Hahaha..den maleh nak kate hapo...Den pon pening ngan masalah kat Selangor ni ha.

Haish...anyone de nak share sewa rumah..sila-sila roger Qiqi..Perempuan Islam sahaja. Terima kasih..Eh2..dan lak wat iklan yek

14 comments:

apezs shah said...

salam

wow mcm best je haha..
thanks cik QQ info ni.

OLick SyaSya said...

gud info qiqi..

wadud@duad said...

gud3.. =)
hehehe.. boleh sebenar nikah gantung..
tapi wadud macam xberapa setuju jer.. hehehe... teruskan cik qq..

AngahSayang2314 said...

ye la qiqi kalau dah rindu bebenau just nikah gantung jer.. yg penting dah halal kan?? lepas tue kalau adikku rindu leh peluk2 sebab dah halal hahaha..cthnya macam muuuuaahhh kiss pun leh hahahaa....

Yuni Aisyah said...

nikah gantung??kalo x bersedia dn xde komitmen xyah la kawen...

CiK QiQi said...

@apezs shah

ape yg besh tu apezs..huhu

CiK QiQi said...

@OLick SyaSya

tq dear..qiqi pon duk mdalami maksud sbnr ni..huhu

CiK QiQi said...

@wadud@duad

sbbnye wadud???takut laki lepas tgn ye namo amik berat pasal pkhwinan ke, de sbb len wadud

CiK QiQi said...

@AngahSayang2314

hahaha...ape la angah ni..de ke gitu..malu i tau..tp mmg btoi pon..nikah gntung ni nm je gntung tp yg len sume sah..nikah gantung ni term dlm adt kite je..dlm islam kalo da ijab n qabul mmg da sah jd laki bni

CiK QiQi said...

@Yuni Aisyah

Btoi2 yuni..i stuju

AngahSayang2314 said...

alah qiqi nie nak malu2 lak... ada buat ke?? hahaha

Darkbatman said...

best nikah gantung cz xrs betul2 nikah. kehkehkeh

CiK QiQi said...

@AngahSayang2314

Hahaha..mn de pernah wat..haish....angah ni..wt gosip liar lak.hahaa

CiK QiQi said...

@Darkbatman

hohooh...btoi3 tu aie..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...