KeMbali KePAdaNYA


Salam pagi Selasa wahai teman-teman Qiqi..Maaf sebab semalam langsung tak sempat nak online sebabnya sangat-sangat sibuk nak settle kan kerja Qiqi. 9 sampel nak dihantar semalam. Elok pulak lori datang awal. Mau tak kelam kabut nak siapkan. Tapi alhamdulillah, dalam sibuk-sibuk tu, sempat juga siapkan kerja sebelum pukul 5 dan barang tu pun selamat diangkat dan dihantar tepat pukul 5.

Dalam kesibukan semalam, Qiqi mendapat panggilan dari mak Qiqi yang memberitahu, nenek sedara Qiqi yang kami adik beradik, sepupu mesra memanggilnya Tok Ngah telah kembali ke rahmatullah. Rasa macam tak percaya saja sebelum ni kami melawat arwah, arwah masih sihat cuma agak ingat-ingat lupa akan cucu dan aak sedaranya. Namun, ALLAH lebih menyayangi nya.

Namun apa yang dikesalkan oleh nenek Qiqi dan Qiqi sendiri, arwah dalam keadaan tenat pada jam 5 ptg hari Ahad lalu dimana waktu itu, Mal, Qiqi dan nenek Qiqi masih berada di kampung. Sekiranya anak-anaknya memberitahu, dapat lah juga kami menziarahinya. Namun apakan daya, bukan rezeki kami. Dan yang membuat lagi terasa apabila arwah telah meninggal, tiada satu pun anak-anaknya memberitahu pihak kami mengenai kembalinya arwah ke Rahmatullah. Hanya mengharapkan orang lain untuk memberitahu.

Dan apa yang dikesalkan lagi lebih dari itu, selepas pengkebumian arwah, anak-anaknya terus balik dan meniggalkan satu-satunya keluarga dikampung itu. Apalah salahnya sekiranya mereka tunggu dahulu sehingga malam. Sekurang-kurangnya dapat la dibuat bacaan Surah Al Ikhlas, Surah An-Nas, Yassin dan sebagainya.

Apa nak jadi dengan zaman sekarang. Hanya memntingkan duniawi semata-mata sedangkan yang meninggal adalah emak mereka sendiri.


p/s: Teringat arwah Ayah(atok belah mak) dan Tok Yah(atok belah abah). Arwah Tokyah meninggal seminggu selepas arwah Ayah meninggal.

Mari kita sedekahkan Al Fatihah buat mereka-mereka yang telah pergi meninggalkan kita.


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN GMO

DILEMA MOMMY PREGGY

PETUA HILANGKAN GATAL BADAN