3.05.2011

Hak MiLik SiaPA?


Hak milik kita kah kekasih, tunang atau suami yang kita cintai? Hak milik kita kah orang yang paling kita sayang seperti ibu bapa, adik-adik? Sudah tentu mereka BUKAN milik kita. Kita hanya dipinjam kan kebahagian tersebut dari ALLAH S.W.T dan haruslah kita menghargai apa yang telah diberikan pada kita.

ALLAH, sebagai Pencipta alam semesta ini boleh menarik nikmat yang telah diberi kepada bila-bila masa sahaja. Cuba bayangkan baru seminit yang lepas anda bercakapa dengan teman baik anda, dan selepas itu anda mendapat panggilan bahawa dia telah tiada. Tidak pun, cuba berfikir sejenak, pada hari pernikahan anda, dalam tak berapa saat sahaja sepatutnya anda diijab kabulkan dengan suami yang disayangi, tiba-tiba ALLAH menjemputnya kembali ke Rahmatullah.

DIA yang menguasai segala-galanya. Kita ni sebagai makhluk yang diciptaNYA seharusnya lebih menyayangi, mencintai ALLAH lebih dari segalanya. Namun, apa yang terjadi sekarang?Manusia lebih mencintai harta, darjat, dan pasangannya lebih dari mencintai ALLAH. Kalau anda tanya Qiqi, Qiqi pun tidak pasti Qiqi berada di kedudukan yang mana 1 namun apa yang pasti, dulu Qiqi dipersimpangan, namun kini....DIA yang Maha Mengetahui.

Dulu dikala Qiqi disekolah menengah, Qiqi pernah terfikir sejenak, bagaimana jika ALLAH menarik kembali IMAN kita. Tidak percaya kepadaNYA. Sangat-sangat risau sekiranya itu yang Qiqi terima, dan sudah2 tentu Qiqi akan hilang nikmat kesemuanya.

Qiqi juga manusia biasa seperti orang lain. Cuba memperbaiki kelemahan diri, namun dugaan di zaman kini tersangatlah kuat. Tidak kira dari segi gangguan dari syaitan itu sendiri yang telah berjanji akan menyesatkan manusia, manusia yang suka mengajak kita ke arah yang lalai, teknologi yang semakin canggih, rancangan-rancangan yang mengajak lebih ke arah kelalaian.


Dimanakah tempat untuk diriku

Qiqi pernah mencuba memperbaiki diri sendiri, dari penampilan pun rasanya banyak berubah dari dulu. Qiqi rasa sekarang semakin jauh dari nikmatnya. Apa yang dibuat pasti tak kena. Mungkin itu balasan dari apa yang Qiqi pernah lakukan sebelum ni. Namun jauh disudut hati Qiqi nak sangat-sangat meperbaiki diri. Qiqi tak nak terus bergelumang dalam dosa.


Qiqi tak sanggup nak menghadapi Neraka Jahanam..
Namun Qiqi juga tak layak untuk Syurga...apatah lagi SYURGA FIRDAUSI

1 comments:

nuradha said...

cik qiqi...pemantapan diri secara rohaniah mampu memantapkan diri secara lahiriah...InsyaAllah...kita sebagai hamba kena selalu berbaik sangaka terhadapNya..Allah azzawajalla...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...