HanTU? TakuTkah Anda???




Takutkah korang dengan cerita2 hantu sekarang. Pada Qiqi la kan, da naik muak da bila terlalu banyak exposure mengenai hantu ni. Dulu masa tak da sapa2 start terbit cerita seram, takda sorang pon berani, tapi sekarang, rasanya kalau budak2 yang dulu kalau tegok cerita hantu, takut2 lepas tu, rasanya sekarang dah takda makna. Lagi depa wat slamber derk jek

Mana tak nya, cuba korang2 usha balik schedule yag TV 1, TV 2, Tv3, Astro Ria, Astro Prima, same je genre tiap kali hari Khamis malam Jumaat. Takde cerita lain ke yang lebih berfaedah? Rasanya kita ni dah macam2 dengar cerita pasal ajaran sesat. Tolong la jangan tambah lagi dengan masalah2 hantu ni. Cukup2 la 1 stesen je yang siarkan pasal cerita2 hantu ni. Dah naik muak dah rasanya. Tolong la belajar sesuatu yang baru tentang genre atau kisah2 lain. Kalau dah kelima-lima stesen TV ni siar pasal cerita hantu, macam mane pulak ngan ilmu keagamaan? Memang cerita pasal agama2 ni hanya pada hari JUMAAT sahaja ke??? Rasenya tiap2 hari kita boleh mendidik umat manusia kat muka bumi ni, bukan hanya pada hari JUMAAT sahaja kan?

Rasanya bahagian penyiaran perlulah mendengar keluhan penonton sama. Jangan hanya memikirkan keuntungan tapi mengabaikan kebajikan yang seharusnya dilihat dengan kerap kali. Tak kan baru ditegur baru nak ubah? Seharusnye perlu ade pendekatan, penyelidikan, ke atas apa yang kita lakukan. Bukan hanya memikir kan rating sahaja. Apa salahnya hasilkan drama atau pun telefilem seperti Antara Garisan, Kashaf Imani, Ustaz Coklat, dan ape2 sahaja drama yang boleh ke arah membentuk umat. Bukan mengajar bagaimana nak berubah menjadi lebih tak ketahuan.

Pada Qiqi, TV 9 amat mengambil pendekatan yang bagus dimana tersiarnya Semanis Kurma, tidak lupa juga kepada TV1 yang menyiarkah rancangan Hal Ehwal Islam. Namun, Qiqi tau kebanyakan orang aka penonton akan mengambil tindakan menonton rancangan lain dimana rancangan seperti Semanis Kurma dan Hal Ehwal Islam ni agak membosan kan. Kata mereka. Walhal rancangan ini banyak memberi nasihat dan ilmu2 yang berguna. Namun diatas sebab cerita hantu yang lebih memonopoli, rancangn bual bicara seperti ini kurang mendapat perhatian.

Oleh itu amat lah wajar sekiranya dapat mendidik penonton dengan menyiarkan drama ataupun telefilem yang berunsurkan keagamaan dan keIslaman yang dapat menarik perhatian penonton. Tidak salah sekiranya bergiat dan berusaha untuk mendapat yang terbaik. Permulaan memang agak sukar namun Qiqi percaya, sekiranya diteliti, diusahakan dengan bersungguh2, tidak mustahil cerita2 mengenai keagamaan ini diterime seoerti cerita2 tahyul dan hantu.

p/s: Layan Semanis Kuram + Kashaf Imani. Sangat2 menambah ilmu dan menyedarkan

Comments

  1. betui..mak pun buhsan dah asik2 citer hantu je memanjang!

    ReplyDelete
  2. haaa da tak takut pon.....byk sgt story psl makhluk tuhan nii..ingatlagi time dolo2..stoy tamar jalis...best!!!!

    ReplyDelete
  3. @Lagenda

    2la mak..rsenye bdk2 skang ni dah xtkut da tgk cite hntu..sbb slalu sgt de kt tb tu...haishhhhhh

    ReplyDelete
  4. @suhailas

    Tau xpe...dulu nak tgk cite hntu ssh benor..skang ni..da rupa ape dah..bkn cndwn tmbuh pas ujn..tp mcm gula yg sekilo jatuh btabur2..hahaha

    ReplyDelete
  5. sis x suka tgk cerita hantu..nnt sakit perut tgh malam susah nk ke toilet.haha

    ReplyDelete
  6. sekarang nie musim kottt.. bila hantu..hantu jer kan...

    ReplyDelete
  7. haha.. sian pintu tu.. jadi mangsa akibat tragedi tutup dan buka pintu.. pastu siap kene ketuk beberapa kali.. sapa yang hantu? hantu ke pintu? ke adik yang buka pintu tu? hahaha

    ReplyDelete
  8. seakan-akan menggambarkan yg kita org Melayu ni suka pada benda yang tahyul tu...sungguh kurang intelek...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN GMO

DILEMA MOMMY PREGGY

PETUA HILANGKAN GATAL BADAN