Posts

Showing posts from February, 2011

BerLALu sudaH..

Image
Selama 22 tahun mengaharungi hidup, menempuhi banyak dugaan, menjalankan tanggung jawab yang diamanahkan, hari ini, tanggal 25 Februari genaplah umurku 23 tahun. Oh tidak!!!!!!!!!!!!!!!!!! Semakin umurku bertambah rasanya sama saja perangai diriku yang satu ini. Tak berubah2 walaupun nak berubah untuk ke arah yang lebih matang. Moga tahun ini, 2011 ini dapat mendidik aku untuk menjadi lebih matang untuk menghadapi masalah, mengajar untuk aku lebih berdikari, tidak terlalu mengharapkan orang dan pelbagai lagi. Moga dikurniakan rezeki yang lebih untuk aku, keluargaku, sahabat-sahabat ku tidak kira di alam realiti mahupun maya. Jasa-jasa anda semua tidak akan aku lupakan. Bagi yang wish di dalam Facebook. Maaf sebab Qiqi tak dapat nak balas satu persatu kerana ditempat kerja tiada ruang untuk membuka Facebook kerana telah di block namun akan diusahakan juga untuk online dan membalas ucapan2 anda. Terima kasih kerana sudi mengingati dan mengucapkan kate2 tersebut. Moga dengan doa kalian da

My LuVLy babY

Kini aku gembira Yang ku tunggu dah tiba Babyku lahir sudah Hai babyku yang pertama Sungguh cantik rupanya Bentuk wajah persis Mama mu Betapa bahagia Hai dengan kehadirannya Buah hati wahai permata Bersamaku selalu Babyku yang pertama Riang tiada terkira Hapus segala duka Bila ku memandangnya Hai Babyku yang pertama Haish.....gumbira ati ini bila dah terlahirnya baby yang pertama ni. Tak tersangka apa yang di idam ngan Encek Nibam kita, berhasil sudah. Tak terkira riang dihati kala melihat ianya lahir dan berada didepan mata. Tak tersanggup rasanya nak menjentiknya, apetah lagi memukulnya. Tak mungkin mamamu akan mencalari badan mu sayang. Jangan kau bimbang sayang. Mama takkan tipu, tipu kau lagi sayang Mama takkan tipu, tipu memarahimu sayang Mama takkan tipu, tipu menjagamu sayang Mama juga takkan tipu, tipu mencalari mu sayang Harapnya dengan kehadiran dirimu sayang dapat memberi perasaan yang lebih gumbira dikala bersama d

BukaN rezeKI ku

Image
Dikala orang lain tengah bergumbira dengan nikmat2 yang diterima, Qiqi kat sini rasa sedih sangat-sangat. Apakan daya, bukan rezeki Qiqi nak menerima itu semua, mereka lebih layak dan memerlukan dan memang rezeki mereka. Mak Lagenda sering bertanya berkali-kali namun memang Qiqi tak dapat nak memberikan jawapan kerana sememangnya waktu itu, memang belum diketahui keputusannya. Namun, tanggal 14 Februari yang lepas, telah terkeluarnya keputusan tersebut dan keputusannya, amat mengecewakan. Qiqi kecewa tapi Mak Qiqi sangat-sangat la kecewa namun apakan daya, memag tersurat bukan rezeki Qiqi. Qiqi perlu dan sangat-sangat hendak redha dengan keputusan itu. Tak semua yng kita impikan, kita inginkan kita akan dapat. Tak semua yang kita angan-angankan akn berjaya. Itu yang perlu sangat- sangat kita ingat. Walaupun Qiqi tak berjaya dengan hal tersebut, namun Qiqi tetap bahagia kerana masih ada lagi ruang untuk Qiqi hidup, perbaiki diri Qiqi lagi. Dan untuk AKAK ku Angah n TOK ku ..TAk lame l

HanTU? TakuTkah Anda???

Takutkah korang dengan cerita2 hantu sekarang. Pada Qiqi la kan, da naik muak da bila terlalu banyak exposure mengenai hantu ni. Dulu masa tak da sapa2 start terbit cerita seram, takda sorang pon berani, tapi sekarang, rasanya kalau budak2 yang dulu kalau tegok cerita hantu, takut2 lepas tu, rasanya sekarang dah takda makna. Lagi depa wat slamber derk jek Mana tak nya, cuba korang2 usha balik schedule yag TV 1, TV 2, Tv3, Astro Ria, Astro Prima, same je genre tiap kali hari Khamis malam Jumaat. Takde cerita lain ke yang lebih berfaedah? Rasanya kita ni dah macam2 dengar cerita pasal ajaran sesat. Tolong la jangan tambah lagi dengan masalah2 hantu ni. Cukup2 la 1 stesen je yang siarkan pasal cerita2 hantu ni. Dah naik muak dah rasanya. Tolong la belajar sesuatu yang baru tentang genre atau kisah2 lain. Kalau dah kelima-lima stesen TV ni siar pasal cerita hantu, macam mane pulak ngan ilmu keagamaan? Memang cerita pasal agama2 ni hanya pada hari JUMAAT sahaja ke??? Rasenya tiap2

Nasyidofobia??

Image
Ape itu nasyidofobia? Qiqi pon sebenarnye baru kenal term "nasyidofobia" ni. Tapi kalau ikut pe yg slalu dengar, ianya seakan2 takut atau nak menjauhi genre nasyid dimana selalunya lagu2 atau genre2 nasyid ini berkisahkan ketuhanan, keintaan kita kepada Rasul, selawat ke atas nabi, memuji2 ALLAH yang satu. Namun sekarang dah berubah tak seperti di awal kemunculan kumpulan Raihan dikala tahun 90-an. Dikala itu, Raihan pernah menjadi "Raihanmania" dimana, kumpulan ini amat disanjungi, didekati oleh pendengar dimana konsep dan genre lagu nye telah membawa kite yang pendengar ini dekat dengan lagu2nya yang berkonsep ketuhanan, memuji Nabi Muhammad S.A.W. Secara jujur ye, Qiqi menghafal Rukun Islam, Rukun Iman, 25 Rasul, maksud2 puji-pujian kepada ALLAH, Iman tak mungkin diwarisi tu SEMUA dari lagu RAIHAN. Sungguh Qiqi tak tipu. Qiqi nangis2 dikala minta mak belikan kaset (waktu tu memang guna kaset, takde lagi zaman2 guna CD). Sebab lagu Raihan amat dekat dihati. Tidak

seLAmAt SudaH

Image
Salam petang Khamis semua..Lame Qiqi mendiamkan dirikan. Lame jugak Qiqi tak melawat belog2 korang kan? Maaf andai kunjungan korang2 semua Qiqi tak balas. Qiqi sebenarnya baru berakhir dengan kesibukan kerja Qiqi yang menimbun2 dikala bos Qiqi mai melawat Qiqi kat perak ni..heheh..Saja je bos tu dengki ngan Qiqi before ni kan. Mungkin ade yang kate, "alah, keje ape la sangat sampai tak bole usha belog.." Memang keje Qiqi ni idak le seperti Perdana Menteri kite, tapi cuba korang2 bayangkan Qiqi keje dari pukul 8.00 pagi sampai la 12.00mlm 3 ari berturut2. Nasib la Qiqi n abah satu tempat keje. Boleh bertukar2 kenderaan dimane takkan la Qiqi nak balik rumah pukul 12 tu naik motor. Bahaya2..Pukul 12 t.ari pon orang leh wat jahat, apetah lagi kul 12 mlm. Tak gitu??HUhu Bersempena dengan kembalinye Qiqi kepada belog ini walaupun idak le seglamor RedMummy , idak sehebat Mak Lagenda , n idak le semesra AngahSayang n Tok Aibaks , namun Qiqi tetap akan meneruskan perjuangan ini. Wah.

KEnApA??

Image
Kenapa papan tanda kat tepi jalan tu bukan tulis "Kerja sedang dilakukan DIHADAPAN" tapi bukan "Kerja sedang dilakukan DIBELAKANG Kenapa selalu tersiar "Awas kanak- kanak MELINTAS" tapi bukan "Awas kanak-kanak MELOMPAT or ME apae2 yg patut" Kenapa kerajaan selalu sarankan "BERHATI-HATI dijalan raya" tapi bukan "BERLUMBA-LUMBALAH di jalan raya" Kenapa banner dijalanan kerap menulis "Tesco KINI/AKAN DIBUKA" bukannya "Tesco TIDAK AKAN DIBUKA" Kenapa bila tulis "Sila BELOK KIRI anda BELOK bukannya BELOK KANAN" Kenapa mak kite suka benar nasihatkan kita "Bila besar nanti adik jadi ANAK YANG BAIK tau" tapi bukannya "BIla besar nanti adik jadi ANAK YANG JAHAT tau" Kenapa bila kita makan kena guna "MULUT" bukan "TELINGA" Kenapa kita mengantuk kite "TIDO" bukan "LOMPAT" Kenapa kerusi kita panggil "KERUSI" bukan "MEJA" Kenapa "