1.03.2011

TipS meMILih PAsaNGAn


Ade DemE nak Gerun TengoK ginI???IDak le teMAn rase..BanyaK laGi yaNg memBeLinye Ade le..

Qiqi nak share kan Sumething yanG QiQi dapat dari Email qiqi yang Cute tu dimana, Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin mencadangkan agar wanita yang ingin berkahwin mengutamakan pasangan yang tidak merokok. Ini berdasarkan Islam menyuruh agar memilih pasangan yang mempunyai pegangan agama dan akhlak yang baik, sementara merokok merupakan unsur yang mencacatkan. Ini atas beberapa alasan;

1) Perokok sentiasa melakukan perkara yang ditegah oleh agama iaitu merosakkan diri. Majoriti para ulama zaman ini mengharamkan rokok.

2) Perokok bukan sahaja membahayakan diri, tetapi juga keluarga; isteri dan anak-anak yang akan terhidu asap beracun rokok. Sepatutnya ibubapa melindungi anak dan keluarga, bukan membahayakan mereka.

3) Ramai perokok yang tidak menjaga kebersihan. Bahkan rokok itu sendiri mengotorkan diri. Di samping betapa banyak tandas dan kemudahan awam lain rosak atau cacat disebabkan kesan rokok yang dihisap oleh penggunanya. Ciri yang seperti ini kurang baik bagi seseorang bapa atau ibu yang akan mengepalai keluarga dan rumahtangga.

4) Rokok adalah pembaziran. Ramai perokok yang ketagihan sanggup utamakan membeli rokok daripada pemintaan keluarga atau keperluan keluarga yang lain. Mereka berkira untuk perkara-perkara yang baik atau perlu, tetapi lupa diri atau ringan tangan untuk membeli sekotak rokok yang sentiasa meningkat harganya.

5) Merokok adalah contoh yang tidak baik untuk anak-anak. Maka perokok mencacatkan ciri-ciri keibubapaan. Justeru, ramai anak perokok turut merokok samada setelah dewasa atau sebelum cukup dewasa. Atas alasan-alasan ini dan selainnya, maka saya menasihati umat Islam dan kaum wanita khususnya, menjadikan ‘merokok’ adalah salah satu ciri yang mencacatkan pemilihan dalam menentukan pasangan masing-masing. Jadi, fikir-fikirkan lah...

p/s: naSibLa enck diBAm I tak sMokiNg taU...laGipoN Qiqi meMAng Tak taHAn asaP rokok...AwAL2 da warnIng kat die Da..Kalo naK kawaN ngaN i yg comei Ni kena stop smoKing n alhamduLILLAH da xsmoking sjak 3 taun LepAS..hehhe


13 comments:

suka_haha said...

cik qiqi nak cari yang misai panjang x? hehehe...

jemput sini yer
blog Matdin

aibaks said...

alhmdlh.. bagus la buah ati qiqi tak merokok.. tp kite ni secara tak langsung perokok gak mek.. perokok kedua.. atau sekendari smoker.. hati2 dengan asap rokok.. walaupun pasangan kite tak merokok..

cik zaza said...

raksasa sy merokok.. =_='
tau xcara nk bg dia stop smoking?

AngahSayang2314 said...

alhamdulilla tak merokok lagi la yerrrrrr hehehe...... bagus2 hehehe

CiK QiQi said...

@suka_haha

hahaha..i dun like misai2...oke..hahhaha

CiK QiQi said...

@aibaks

2 la tok..yg sakit ati nye yg hidu asap ni yg % nk kena kanser lg tggi dr perokok..grrrrrrrrr

CiK QiQi said...

@cik zaza

Nanti Qiqi tr tnyekn ke si dia ye.sebabNye b4 ni die de smoking tp leh stop dlm mase yg singkat gk

CiK QiQi said...

@AngahSayang2314

2 la angah..harap nye bpnjangan le..hehehe

Lagenda said...

mak pun x suka perokok!

aibaks said...

mek.. len kali jmpe orang merokok.. selamber je sound.. "nak rosakkan jantung sendiri gi la rokok jejauh.." leh ke?

CiK QiQi said...

@Lagenda

Same with me la mak.>hehehehe

CiK QiQi said...

@aibaks

Ahahaha...kalo ikut mek mmg nk ckp gitu tok..tp org zmn skang tgur cikit pon sampai bunuh2.ish..pape jele deme tu...

Mijie said...

alhamdulillah mijie x merokok..sapa nk pilih mijie angkat tangan!!!..hehehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...