12.21.2010

BUkAn DiriKU..Oh TidaK!!


WaduH3...Mungkin Qiqi ni ketinggalan la kan baru tengok drama Bukan Diriku ni sebabnya sebelum ni cite ni pernah ditayang kan di ntv7 28 Mei 2008. Almaklum la waktu tu Qiqi study lagi. Memang idak le memandang cerita ni. Tapi waktu Qiqi tertengok iklan kat Astro Ria haritu, memang nampak tertarik sangat cerita ni. NAsib la tadi adik Qiqi ingatkan untuk tengok. Memang Qiqi tak lepaskan peluang le. Tapi Qiqi rase Qiqi tak mampu nak hadapi drama sedih2 camni. Mau nak menitik air mata tadi..huaaaaaaaaaaaa...feeling terlebei ke Qiqi ni. Tapi memang tadi tahan sebak je sebabnye takut adik n mak nampak Qiqi nangis. HAahahhaa..Sabor jele. Tapi kan...tak leh ke deme wat cerita cam drama Benci Bilang Cinta tu.Takde gaduh2, takde dendam2...tak de sedih2 melampau sangat. Enjoy je tengok drama tu...Huhu...Ni terpakse sediakan tisu la kalau nak tengok nanti.Especially gurls like me..HEehhee..


Okes2..Ni Qiqi rompak sikit dari Astro. Sinopsis drama Bukan Diriku. Ryo dn Alya, adalah sepasang kekasih yang bekerja di sebuah perusahaan advertising. Ryo seorang workaholic, sangat susah menunjukkan perasaannya, bahkan pada Alya sekalipun. Kerana sifat inilah, Alya, tidak pernah tahu,bagaimana perasaan Ryo yang sebenarnya. Alya selalu berfikir, Ryo tidak begitu mencintai dia. Semenjak mereka menjadi pasangan, Ryo belum pernah mengucapkan kata-kata cinta pada Alya. Ryo kerap kali,melupakan janjinya dengan Alya.

Kesal dengan sikap Ryo, Alya memutuskan cintanya bersama Ryo. Namun Ryo sangat mencintai Alya. Ia berusaha berbaik kembali dengan Alya. Di hari ulang tahun Alya, Ryo menyiapkan hadiah untuk Alya. Alya sebenarnya tak mahu datang, namun Marina, teman satu pejabat Alya memberitahu bahawa Ryo menyiapkan hadiah istimewa untuknya. Ryo menyiapkan cincin yang dia beli bersama Marina. Alya terkejut dan terus pergi ke tempat Ryo menunggunya. Saat Alya nak menyeberang jalan, sebuah kereta muncul dan hampir melanggar Alya. Ryo berlari menolak Alya. Alya selamat, tapi Ryo meninggal.

Tapi cerita tidak berakhir begitu saja. Ryo masih sangat mencintai Alya dan tidak ingin meninggalkannya. Ryo akhirnya masuk ke dalam badan Ariel, orang yang sudah koma. Ariel orang yang sangat pentingkan ,dan rela melakukan apa saja, untuk kepentingannya. Ariel adalah anak pemilik syarikat tempat Ryo bekerja. Ryo yang sudah berada dalan badan Ariel cuba dan berusaha mendekati Alya,tapi Alya terus menolak kehadirannya kerana Alya sangat membenci Ariel. Masalahpun semakin banyak menghadang Ryo.

Kehidupan Ariel yang jahat membuat halangan demi halangan ke atas Ryo. Kematian seorang perempuan bernama Anton, yang usahanya dihancurkan oleh Ariel dan hubungan gelapnya dengan Marina adalah beberapa masalah kecil yang membuat Ryo bingung. Ryo juga harus menghadapi kenyataan, kalau Ariel sudah mempunyai seorang tunang, Livi, anak pemilik syarikat pusat yang bekerjasama dengan syarikat milik orang tua Ariel. Ketika mereka sedang memilih baju pengantin, Ryo memutuskan pertunangannya dengan Livi. Livi malu. Hal ini, membuat ayah Livi, dendam pada Ryo, dan berusaha untuk menghancurkan hidup Ryo.

Ryo tidak boleh mengatakan pada Alya, kalau dia adalah Ryo, kerana apabila itu terjadi, Ryo akan kembali meninggalkan dunia ini, dan sampai bilapun, dia tidak akan dapat menyatakan rasa cintanya pada Alya. Menjadi Ariel, adalah pilihan terbaik, kerana Ryo dapat terus berada disisi Alya, namun disisi lain, Ryo juga tidak dapat menerima kenyataan, kalau Alya akan melupakan Ryo yang sebenarnya. Bagaimana lanjutan cerita ini? Apakah Ryo yang sudah menjadi Ariel, dapat merebut hati Alya? Bagaimana dengan semua masalah Ariel yang harus diselesaikan oleh Ryo. Apakah, Ryo akan memberitahu Alya,siapa sebenarnya dia? Kita tunggu ye..miahahaha..(ops....gelak cam Mak lak..keh3)
p/s: sedey2 pon nak tengok gak cite ni sebab de Baim Wong..ensem3..hehehhe

14 comments:

nazirulhazwan~ said...

tak gemar cite ade episod2 , sakit ati nak tunggu.haha

CiK QiQi said...

@nazirulhazwan~

Qiqi pon idak gemar....tp sebab ade Dimas,...eh silap..Baim tu.nk tgk gk.hehehe

Ilham Liyana said...

haaa. xphm ke soalan tu. haha sorry tak pndai explain. erm, kan blog u ni, dekat bhgn body ni. kalau kta scroll ke bwh, body je gerak. bckground tak bergerak. haaa mcm mna u buat. tu je nk tnya. wuuu. T_T

CiK QiQi said...

@Ilham Liyana

oho....ingtkn ape td...hehehe..ni bkn qiqi ygwt...zaer(http://zaerr.com) yg wat...yana leh tny zaer ngn lebei lnjut..hehehe...qiqi ni bab coding ni mmg xreti.ehehhe

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

salam comey..sis suker tgk cerita episod2 ni..tp bila hubby ajak keluar..mula muka muncung sbb x leh tgk drama..haha

CiK QiQi said...

@Lydia Miza(Aidyl Azim)

Hehhee..qiqi jrg nengok tp kalo dr stat episod 1st da tgk tu..hrpn episod2 akn dtg nk tgk 2 sgt la tggi..hehhe

atie aizam said...

akak dah terjebak lah qiqi.. dah terjatuh hati kat baim pulak hikhik

Cikbelog said...

tak penah plak nengok cite ni.hehe skang ni terjatuh cinta kat drama Dia Atillia tapi asyek telepas je episod2nye.hiahaha

Cik Tom said...

cik tom sm cam naz gak..xsuka la cite episod2 nih...

Lagenda said...

mak plak x suka citer hindon ni tp tersangkut plak skrg dgn citer Safa & marwah tu..adehhh!

bebel2 gak nk tunggu akhirnya tp dok gak setia menunggu tiap ari..haaaih.

CiK QiQi said...

@atie aizam

Same la kak..ehehe...qiqi suke kat Baim tu je..ngn ayla tu.hahaha..yg jd ariel tu xsuke..haha

CiK QiQi said...

@Cikbelog

Dia Atilia tu cam bez gak cik belog tp mls nk tgk sbb de Fasha.hahaha

CiK QiQi said...

@Cik Tom

Hehhee..Qiqi pon kureng tp de certain2 cite yg besh..2 tgk gk..hhheehe

CiK QiQi said...

@Lagenda

Hahahhaa..Mak same cam mak Qiqi..bebel2 bile nak abiz tapi dalam mase yg same nak gk tengok pe yg akn jadi seterusnye.hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...