7.07.2010

PeLinDung AtAu PerOSak?

Ini bukan iklan ubat nyamuk ye u allz...kang Cik Qiqi cubit u allz kang...Lately nie kalau u allz baca newspaper mesti xlari dari tajuk2 BUNUH, ROGOL, CABUL, n sebagainye la kan..Runsing plak bile Cik Qiqi duk baca kisah2 kat METRO, UTUSAN MALAYSIA, same aje kisahnye yang tertera kat newspaper kite nie..Yang paling2 glamer nye berita, BUNUH, ROMPAK, ROGOL, CABUL...huuuuuu....ape nak jadi la skang ni.

Lelaki ialah salah satu daripada dua jantina manusia, iaitu lelaki dan perempuan. Penggunaan istilah "lelaki" atau "Peria" dalam bahasa Melayuadalah khusus untuk manusia; bagi haiwan, jantinanya dirujuk sebagai jantan. PERLU ke LELAKI dalam hidup perempuan?????????? Jika berterusan kes2 sebegini terjadi, xmustahil ppuan tidak akn memikirkan keperluannya untuk hidup bersama seorang LELAKI.

Dulu Cik Qiqi sangat menghormati dan mengangkat martabat seorang lelaki namun untuk masa sekarang, peratus untuk Cik Qiqi pandang lelaki da merosot..sangat2 merosot. Entah kenapa bila Cik Qiqi memandang lelaki2 di luar pasti Cik Qiqi akan memandang serong terhadap mereka. Lagi2 bile kes2 yang Cik Qiqi sebutkan tadi semakin berleluasa.

Tak boleh ke kes2 gnie dkurangkan? Jangan sampai anak ppuan sendiri takutkan ayahnye kerana sikap buruk ayahnya atau abangnya yang cuba merosakkan dirinya. Kita sangat2 bersemangat untuk tolong Palestin yang dilanda kekejaman oleh pihak Israel, namun, kejadian yang kerap jenayah yang menimpa di negara kita ini, sangat2 kurang sambutannya untuk dibanteras. Bak kata pepatah, 'Kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan'.

Sampai bila kita nak biarkan benda nie trus berlaku? Sampai nak tengok budak 4 taun leh wt jahat? Macam tu? Jangan la..mintak dijauhkan le.

Disini Cik Qiqi nak kongsikan sikit pe yang Cik Qiqi jmpe mase BW..

Surah an Nisa’ ayat 34:

Yang bermaksud: Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (kaum lelaki) atas sebahagian yang lain (kaum wanita) dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka.

Lelaki mendapat dua bahagian lebih daripada kaum wanita dalam pembahagian harta pusaka, lelaki dikehendaki membayar mahar apabila berkahwin, lelaki dikehendaki menggauli isterinya dengan baik, lelaki juga diizinkan berpoligami hingga 4 orang isteri dengan syarat mampu berlaku adil. Mengapakah lelaki diberi kelebihan oleh Allah daripada wanita dalam banyak perkara? Jawapannya ialah kerana lelaki itu memimpin perempuan, bukan perempuan memimpin lelaki dan tidak pula sama kedudukannya.

Lelaki memimpin wanita bukan sahaja berlaku pada manusia, bahkan pada haiwan. Lihatlah bagaimana haiwan jantan memimpin yang betina. Jika ada sekumpulan itik jantan dan betina maka itik jantan yang memimpin berpuluh-puluh itik yang mengiringinya dan begitulah seterusnya.

Maksud hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim ada menyatakan bahawa antara tanda akhir zaman ialah lelaki semakin kurang daripada wanita dan yang lebih parah, 50 wanita hanya dijaga seorang lelaki.

Merujuk kepada matan hadis itu, Rasulullah juga menggunakan perkataan ‘qowwamun’ yang bermaksud pelindung untuk 50 wanita dan baginda tidak menggunakan perkataan ‘ar-rijal’ yang membawa makna lelaki di dalam bahasa Arab. Maksudnya, golongan lelaki yang menjaga wanita semakin sedikit bilangannya pada hari ini.

Yang ramai ialah lelaki yang tidak menjadi penjaga wanita, sebaliknya mengeksploitasi, merogol dan menjadikan mereka sebagai alat melepaskan nafsu.

Selagi ada waktu.........perbaiki lah apa yang da silap. Jangan berterusan menjalankan kesalahan yang mana ia akan memakan diri sendiri.



3 comments:

FyZa said...

nice entry dear..sedey tgk mkin bnyk mslah sosial berlaku skang..

CiK QiQi said...

2la cik fyza..bygkan la bdk yg kite panggil knk2 dulu pon leh wt bnda xsnonoh...cmne tu

Yuni Aisyah said...

takut ngn lelaki skrg nie...macam2 hal berlaku...so jgn lah bergaul terlalu rapat dgn lelaki..jge batas2 pergaulan..banteras sebelum perkara buruk berlaku...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...