5.07.2010

PoLigaMI!!!! bAik untuk WaniTA or Lelaki??????



Wahh...isu panas lagi hangat u allz.......
Sape kat sini rela dimadukan? aHA...kalau tanya mana2 perempuan kompom menolak sebaik mungkin kehidupan bermadu nie.... Termasuk lah Cik Qiqi..tak rela diriku dimadu u allz..Oh tidak!!!!!! Tidak!!!!!!Tidak!!!!!!!!!!!! xrela Cik Qiqi dimadu. Bukan menolak hukum Allah, tapi Cik Qiqi tau Cik Qiqi sangat tak kuat untuk melalui dugaan n cabaran sebegini rupe....

Hamboi Cik Qiqi nie, kawin belum da bising pasal kehidupan bermadu lak ye....Tapi cuba u allz tny kt pihak lelaki. Tak banyak tapi sikit mesti ade impian die nak kehidupan bermadu. Mesti punya lah. Tapi ade juga jenis lelaki yg setia pada 1. Sangat2 bruntung dapat laki yang gitu. huhuhu...harapnye Cik Qiqi pun diberi bakal suami yang sebegitu juga.^_^

Wah3...berangan lebei nampak.ekekkeke..oklah, disini Cik Qiqi nak kongsikan sedikit tentang perihal ni. Kita hanya mampu berdoa supaya diberikan yang terbaik, selebihnya Allah Maha Mengetahui^_^

Sebenar2nye wahai kaum lelaki, poligami bukanlah suatu prinsip yang wajib dilaksanakan di dalam syariah Islam sehingga boleh menyebabkan berdosa jika tidak mengamalkannya. Poligami hanya merupakan perkara harus dan satu rukhsah (keringanan) dalam keadaan darurat. Jelasnya di sini walaupun bahasa yang digunakan di dalam ayat di atas berunsur perintah, ia bukanlah membawa kepada makna wajib dilaksanakan. Bahkan jika diamati ia boleh membawa kepada suatu tegahan dan haram hukumnya jika suami yang berpoligami tidak berupaya berlaku adil dan mengakibatkan penganiayaan terhadap isteri yang dikahwini.

Syarat Poligami

1. Berkemampuan Untuk Menanggung Nafkah Isteri-isteri

2. Berlaku Adil Kepada Isteri-isteri

~Adil Dalam Menyediakan Kediaman - Kediaman isteri seboleh-bolehnya hendaklah diasingkan sebagai suatu inisiatif untuk mengelakkan perselisihan keluarga dan perasaan cemburu menular di

kalangan isteri

~Adil Dalam Giliran Bermalam - Suami berdosa jika memberikan giliran lebih banyak kepada salah seorang isteri berbanding dengan isterinya yang lain, tapi ni bergantung pada kerelaan isteri muda n tua=)

~Adil Dalam Musafir - Munurut pendapat Imam Syafie, suami wajib membuat undian di antara isteriisteri sekiranya beliau menginginkan salah seorang dari mereka menemaninya bermusafir. Dengan itu suami tidak wajib menggantikan giliran bermalam kepada isteri yang sepatutnya mendapat hak pada masa musafirnya. Kalau xbuat undian, Maknanya sisuami kena mengqada'kan giliran bermalam yang ditiggalkan sewaktu bermusafir.


Sebenarnya Islam telah menggariskan panduan yang sangat2 cantik untuk kite umat Islam, namun kebanyakan wanita yg banyak menolak untuk berpoligami ini adalah atas sebab perlakuan sang suami itu sendiri yang tidak adil dan melakukan kezaliman ke atas isteri muda mahupun tua.

Bagi lelaki mahupun perempuan, kedua2nya mempunyai kebaikan, namun kita kabur melihatnya kerana salah tingkah laku lelaki yang tidak adil dalam berpoligami dan nampak perempaun lebih merana dalam hal ini.Namun


AHA...ni bukan lesennya tapi sekiranya cukp n mampu nak penuhi ape yang telah digariskan diatas, lebih baik berpoligami dari melakukan zina terhadap perempuan2 yang bukan haknya


Sekadar berkongsi, renung2kan lah.....

Peace no war^_^//

5 comments:

daisy said...

kalau nak ikut nabi kena la lelaki-lelaki di luar sana kawin ngan ibu tunggal sebab isteri nabi Aisyah sorang je anak dara.
mostly yg kawin lebih dari satu nih semua dok pilih anak dara(eeh..tak ikut nabi tu..)hu..hu..
tepuk dada tanya iman

CiK QiQi said...

thats right daisy...byk depa nie ikut nfsu yg mbuak2 tu...motif nabi dulu len...

depa nie smgt nk bbini bru je lebei...^_^

Aini said...

lelaki, kalau nak ikut sunah nabi, yang wajib tu pastikan tak tinggal dulu yek..

p/s : tak sangup nak bermadu...

shafiq said...

pihak perempuan mungkin kecil hati sikit kot..


My latest entry : Tergantung Di Roller Coaster Selama 20 Minit !

CiK QiQi said...

oh aini..kompom diriku jua tidak rela...ekekekke

shafiq~ ape yg kcik hati 2...huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...