5.04.2010

Kanser Payudara Menyerang!!!


Cik Qiqi tau u allz pon pening kan mane 1 penyakit paling bahaya yg boleh menyerang kita as perempuan aka wanita. De orang kate Kanser Rahim, Kanser Payudara, Kanser Pangkal Rahim n macam2 lagi la kan.

Tapi Cik Qiqi rase better Cik Qiqi tekankan mengenai Kanser Payudara sebab nye kanser ni paling ditakuti setiap wanita. U allz tau tak?

  • Setiap 3 minit, seorang wanita didiagnosis dengan kanser payu dara (AMERIKA SYARIKAT)
  • Setiap 11 minit, seorang wanita mati akibat kanser payu dara(AMERIKA SYARIKAT)
  • Setiap tahun, 30,000 wanita dan 200 lelaki didiagnosis dengan kanser payu dara (UK)

Di Asia terutamanya, kadar peningkatannya begitu mendadak dengan peningkatan yang besar dalam insiden termasuk juga kadar kematian (mortaliti). Seorang wanita di Malaysia mempunyai 1 per 19 kemungkinan menghidap kanser payudara dalam hayat mereka.Jangan di ingat kanser ini hanya menyerang kaum perempuan sahaja kerana lelaki pon boleh terjebak dan terkena kanser ini.

Risiko kumulatif mendapat kanser payudara bagi kaum Cina, kaum India dan kaum Melayu adalah 1 per 14, 1 per 15 dan 1 per 24 masing-masing. Ye, memang kaum kita kemungkinan 2 kurang cikt dari Kaum Cina n India namun kita juga perlu berwaspada kerana penyakit tak kenal mangsa.

Lebih daripada separuh daripada wanita yang didiagnosis dengan kanser berumur kurang daripada 50 tahun.


Namun begitu, penyakit ini dapat dielak dari teruk dengan pengesanan awal dapat mencegah dan mungkin menyembuhkan dengan rawatan awal.

~Di antara perubahan awal yang perlu diperhatikan termasuk pembengkakan, tonjolan, kekerasan, penebalan dan juga pengecutan kulit pada payudara.


~Kerengsaan pada kulit payudara serta puting yang tenggelam ke dalam, bersisik, berdarah, mengalami discaj, sakit serta tidak selesa perlu disiasat untuk kemungkinan kanser.

~Kita dinasihatkan supaya menjalani ujian mammografi sekurang-kurangnya setahun sekali terutamanya sekiranya sudah menjangkau umur 50 tahun. Selain itu, anda juga harus proaktif dalam memeriksa payudara sendiri kerana diri sendiri lebih tahu perubahan awal badan.

Jangan la kita terlepas pandang ngan kesihatan anggota badan kita ini sebab, lebih baik kita cegah dari mengubati. Semua ni bukan milik kita, kita milik ALLAH. Bila Dia mahu menarik balik nikmat yang diberikan olehNYA, kita hanya mampu berserah. Selagi mampu, sayangilah diri kita

Salam dari Cik Qiqi ^_^

7 comments:

daisy said...

info yang sangat berguna

Nurika Jianie said...

thanks for sharing info ni yaa !
sgt bermanfaat ! thanks !

CiK QiQi said...

daisy~ cik qiqi pon smbil2 amik manfaat n share ngn u allz=)

nurika jianie~ welcome...same2 la kite mencegah dr kita kena..kn3=)

Ju@Lucky^Mummy said...

thanks ye.. good info..
Tp.. kita selalu x amik berat pasal sakit2 camni..
Bila dah teruk baru lah nak nyesal..

CiK QiQi said...

btol tu Cik Ju. Kadang kite tau sebenarnye tapi kite takut tuk mik tau sebab takut diri sendri kena. Bila btol2 kena baru la kita nak menyesal=(
Masa tu da terlambat

Anne said...

Cik QIQI.. permisi untuk copy sedikit data disini.. hoep boleh ye..

CiK QiQi said...

Anne ~ bole aje..silakan ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...