5.12.2010

Hari Belia Negara 2010



Salam u allz, Mesti korang pelik apekehal le Cik Qiqi nie nak cakap benda serius lak...Cik Qiqi terpanggil untuk menyertai 50 Creative Youth Blog nie bile Cik Qiqi duk BW kat Cik Dahlia kite..Penuh ngan informasi terkini tau u allz kt sne. Aha...Tapi jangn dilupakan Cik Qiqi yang cute nie tau.


Bersempena dengan sambutan Hari Belia yang akan diadakan pada 14 hingga 16 May 2010 ni, Cik Qiqi nak tanya, u allz tu belia lagi ke? ekekek...bukan ape, same2 la kita memartabatkan dan memeriahkan lagi Hari Belia Negara nie, xkan Hari Raya Puasa je u allz semangat sambut. Kan3....

Sebenarnye sambutan Hari Belia Negara kali nie dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan. Sambutan Hari Belia Negara 2010 yang bertemakan ”Belia Kreatif dan Inovatif Pemacu Ekonomi Negara” akan bermula pada 14 hingga 16 Mei 2010 di Putrajaya dan acara kemuncak sambutan pada 15 Mei di PICC, Putrajaya ialah Perhimpunan Hari Belia Negara bersama YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Pelbagai aktiviti disediakan oleh penganjur dimana, sape2 yang sukan bersukan, ade macam2 acara seperti:
  • Sukan udara,
  • Drift/draGo-Kart,
  • Mini bike, futsal,
  • Paintball
Tidak dilupakan kepada remaja, ada Karnival Remaja, Karnival Belia, Expo dan Pameran Kerjaya, Karnival Rakan Muda dan Jambori Pengakap. Siapa2 yang berdekatan amatlah dijemput hadir dan sekaligus memeriahkan Sambutan Hari Belia Negara.Wah, meriah sungguh ye sambutan Hari Belia Negar, kalah Jom Heboh.





Namun, yang paling2 penting kepada u allz yang duk membaca tu, pihak ITYM akan membuat pameran Bloggers. Ops, jap2...ITYM ni hape? ITYM nie Information Technology Youth Movement dan sempena tema Hari Belia Negara tahun ini "Belia Kreatif Pemacu Pembangunan Negara" ITYM telah melancarkan contest 50 Creative Youth Blog dimana ITYM mencari sebanyak mungkin blogger berdaftah dibawah kami dan 50 blog yang kreatif akan dipilih menerima sijil penghargaan..

Contest ini amat penting, kerana dihari tersebut perdana Menteri kita yang amat berhormat Datuk Sri najib Tun Razak akan singgah di booth kami.Dan 50 blog yang terpilih tadi akan diserahkan kepada PM kita untuk membuktikan penglibatan blogger dalam masyarakat. So kepada u allz yang belom menyertai lagi, moh le kita meramaikan. Cik Qiqi tau Cik Qiqi tak layak tapi saje nak memeriahkan majlis^_^.

Bersempana dengan Hari Belia yang akan tiba tak lame da nie...brape jam je lagi. Cik Qiqi berharap agar kerajaan saling mendengar suara2 belia yang berblog ini. Tidak semua golongan belia suka mengadu domba, mengucar kacirkan keadaan semasa di negara nie. Cik Qiqi dan pasti pasti belia2 diluar sangat2 berharap negara nie aman dan tidak terjebak seperti negara2 jiran yang sering mengalami ketidaksefahaman antara mereka sebagai rakyat dan kerajaan. Walaupun kami masih muda remaja, jangan diambil remeh suara2 kami sesungguhnye dalam 1:20 pasti ade yang boleh membantu kerajaan untuk memantapkan kepimpinan dan seterusnya kita dapat sama2 berkongsi cara penyelesaian masalah2 remaja di masa kini yang semakin membimbangkan. Bila kerajaan sudah menyelami hati golongan belia dan remaja, lebih mudah untuk mendekati dan menangai masalah yg semakin berleluasa ini.

Wah...Melampau2 lak syarahan Cik Qiqi. Bersempana ini. Cik Qiqi nak ajk u allz yg lom lg rse nk menaip tu, sila2 lah join. Cik Qiqi tau ade lagi suara2 terpendam kt dlm diri u all n u allz nak ketengahkan.Moh3... Cara2nye...

Cara nak masuk dalam senarai 50 Blog Creative Youth:

1. Buat entry mengenai salah satu dari perkara di bawah. Pilih satu sahaja.

  • Persatuan ITYM
  • Hari Belia Negara pada 14-16 May 2010.
  • Harapan anda untuk kerajaan kepada golongan Blogger Belia

2. Tampilkan logo ITYM dibawah didalam entry tersebut.

3. Download Borang Penyertaan ITYM : link 1(4shared) , Link 2 (hotfile) dan penuhkan butiran. Emel borang tersebut beserta URL blogpost (entry) ke itym2007@yahoo.com

4. Tinggalkan link URL anda di laman Facebook ITYM dan di blog ITYM

Ops...lupa pulak..Tarikh tutup: 13 May 2010

11.59 mlm

Goodluck!!!

7 comments:

DaHLia said...

update un in the list :)

CiK QiQi said...

tq cik dahlia...ekekekke..
hntam kromo je nie..ish3...kompom mnyemak kn keadaan je cik qiqi nie,...ekekekek

dunspeak♥ said...

majulah cik qiqi utk belog belia!! =D

CiK QiQi said...

wah....tq to duspeak..luv u beybeyh....ekekekek

rossa alina said...

owh..ade gak erk..nak join ni sempat ke??kuikuikui...

sazali yusof said...

kami dah menerima penyertaan anda..dan ITYM masih dalam proses pemilihan..terima kasih untuk penyertaan anda dan nantikan keputusannya pada hari penutup hari belia pada 16 may 2010..kami masih menerima lagi penyertaan dari sahabt2 bloger yang kepingin blog mereka di baca dan dipamerkan pada hari belia yang dirasmikan perdana menteri

CiK QiQi said...

sempat lg rossa...jom2 membanyak kn penyertaan..hehehhee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...