5.14.2010

Ada Apa dengan MIMPI?



Sedapnye baby nie tdo.....

Salam u allz... Ceria tak ari u allz harini? Hope u allz ceria disamping orang tersayang..
Pagi2 bangun tido pagi tadi Cik Qiqi terus bukak TV3 sambil dengar waktu mandi. Ari ni MHI membincang kan tentang makna mimpi.

Jangan kate tak tau lak ape makna mimpi. Cik Qiqi lekuk kepala tu kang...nge3......gurau je tau....tak berani Cik Qiqi nak sentuhh kepala orang neh. Hehehe....Okes.. Mimpi ne kite anggap hanya mainan tido tapi ade juaga yang memberi makna tersirat. Namun, tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang terkandung didalamnya. Ada kalanya mimpi bagaikan angin lalu namun ada yang benar-benar menjadi kenyataan. Mimpi insan yang bertakwa merupakan perkhabaran yang akan berlaku, kerana Rasulullah tidak bermimpi melainkan mimpi baginda menjadi kenyataan. Sedangkan mimpi insan yang tidak beriman merupakan berita yang disebarkan oleh syaitan.

Dalam suatu riwayat dikisahkan, seorang wanita bertanya,"Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya bermimpi melihat sebahagian tubuh baginda berada di rumahku".Baginda menjawab, "Sesungguhnya Fatimah akan melahirkan seorang anak lelaki, kemudian engkau yang akan menyusukannya". Tidak lama kemudian Fatimah melahirkan Hussein dan disusukan oleh wanita tersebut. Sesungguhnya mimpi itu dapat ditafsirkan, namun tidak semua orang mampu menafsirkan kebenarannya. (dipetik dat halaqah.net)

Actually Cik Qiqi nak kongsikan sikit makna2 mimpi yang selama ni ade kita anggap xde pape makna. Pagi tadi yang sempat Cik Qiqi dengar mimpi ular. orang dulu2 kate mimpi ular tu kononnye ade orang nak meminang, tapi menurut Islam, mimpi tu bermaksud ade tande2 orang nak hantar'something' kat kita. Maksudnye, de orang nk gunakan syaitan untuk mengganggu kita, kire tanda2 nak kna buatan orang la maksudnye. Mimpi dipatu ular pulak bermaksud, memang org yg bknaan da anta da 'benda' kepada kita,kira memang de kna buatan orang.



Kat cinie ade lagi beberapa Makna Mimpi Menurut Islam:


*Bermimpi duit terbelah dua ~ Anda akan bergaduh

* Bermimpi bertengkolok besar @ berbaju besar ~ Anda akan menjadi orang berpengaruh @ berpangkat besar

* Bermimpi berkain hijau ~ Segala kerja yang dilakukan akan mendapat keredhaan Allah Taala.

* Bermimpi memakai kain ~ Anda akan mendapat keuntungan yang besar

* Bermimpi mengenai bunyi gendang di dalam rumah ~ Pekerjaan anda diberkati.

* Bermimpi makan gula ~ Seseorang akan berduka cita

* Jika bermimpi memakan ubat ~ Anda akan berada dalam keadaan aman dan sentosa

* Jika bermimpi muka anda merah @ hitam ~ Anda akan mendapat bahaya.


* Bermimpi menunaikan solat ~ Akan sempurna kerja di dunia dan akhirat

* Bermimpi berlaku perang sabil @ akan menunaikan haji ~ Dosa anda akan diampunkan dunia dan akhirat

* Bermimpi memasuki Masjid Haram @ melakukan tawaf di Baitulallah ~ Anda akan mendapat pahala dan nikmat akhirat dan jika seseorang itu berada dalam kesakitan ia akan segera sembuh



Banyak lagi sebenarnya yang ingin Cik Qiqi kongsikan bersama. Akan datang Cik Qiqi akan kongsikan lagi Tafsir mimpi ini.
Wallahua'lam.

p/s: Cik Qiqi still tertanya2 apa makna mimpi Cik Qiqi de kt ats kapal n asyik nak karam je...penat lari.. Banyak kali da mimpi macam nie ~~~

11 comments:

bayan cyber said...

tuh maknaya kamu harus kurus kan badan..sbb kapal tuh xlarat nak bawak kamu sampai karam2 dibuatnya..hahahhaha....*joke*

CiK QiQi said...

Bayan ~ Hahahahaha...2la...brt dulu 42 skang 44 da...2 yg karam 2...nge3...tp kalo bayan ade mmg tkut sgt2 coz wktu tu cm nk kiamat je rse...tkut sgt

✿nenek moden✿ said...

nek plak baru-baru ni mimpi tengok kapal terbang jatuh dpan mata..dasyat..sgt takut..
dan xtau makna...

CiK QiQi said...

kengkadang bnde nie de mkne kdg2 mainan tdo..cik qiqi mmg xtau sgt tp cik qiqi akn try siasat lebei lnjut^_^

My Lil' Princess, My Hubby, My World said...

Para sahabat pernah mendapat petunjuk melalui mimpi sbb sblm tu mereka berdiskusi cara2 nk memberitahu bahawa sdh masuk waktu solat. Ada pendapat suh bunyi loceng, suh naikkan bendera, tp Rasulullah kata bunyi loceng mcm kristian dan naikkan bendera plak masalah bila buat turun, adakah maksudnya waktu solat dh tamat? Tp Allah bagi petunjuk mllui laungan azan. Para sahabat menerima mimpi yg sama dan bertemu Rasulullah utk memberitahu ttg mimpi itu.Rasulullah meminta agar Bilal diajar melaungkan azan kerana suaranya kuat. Itulah sejarahnya kita tahu bila waktu solat sudah masuk.

CiK QiQi said...

Thank u 4 sharing My Lil Princess..heehhehhe

My Lil' Princess, My Hubby, My World said...

Sama2...sbnrnya dgr tu dri ceramah Ustaz Qazem...dgr cd je.

CiK QiQi said...

hehehe...share2....^_^

|| NaFiRaa || said...

terima kasih atas perkongsian mimpi ini..:)

NiZaM Limited said...

My Princess..thanks 4 sharing cite tu. kalo tak mmg tak tau mane asal usul azan. kerana mmg kretif cara azan tu digunakan sbg cara tanda masuk waktu. alunan azan sgt2 menarik kalo kita dgr berbanding bunyi loceng sume tu.

Utk info nabi Yusuf jugak pandai dlm menfsir mimpi. mmg ada mimpi yg boleh dibaca mengikut islam. tp pape pon kena rujuk kpd pakar sblm kita buat andaian mimpi yg kita dpt tu.

sekian..=p

CiK QiQi said...

thats right en nizam=)..
nk tau mkne mimpi ni kna rjuk yg pkar...kang g slh tmpt almatnye ...
dpt la ajrn sesat..ekekkekee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...