4.27.2010

SenSasi ke?

Alangkah sedapnye andai dapat tido time skarang nie...sjuk betol...ekekek^_^
Tapi apakan daya diriku bekerja lagi pada harini n ntah sampai bile la akan berterusan sebegini
Alhamdulillah jugak coz de jugak pendapatan dari takde langsung kn? hehehe..

Cik Qiqi tadi tersinggah kt Just Khai punye blog dimane dia membicarakan tentang kekonpiusan yang membelenggu kepala otak nye. Memang betul kata2 yang dikeluarkan nya...Bagi Cik Qiqi, apa yang membelenggu kan fikiran nye sama seperti Cik Qiqi fikirkan, cuma ade sedikit penambahan dari Cik Qiqi untuk u allz renung2kan bersama=)


  1. Perangi Rasuah
Itulah yang sering dilaungkan oleh mantan Perdana Menteri kita, Tun Abdullah Ahmad Badawi....Dari dulu, sampai sekarang tak habis2 lagi duk nak perangi rasuah tapi kalau dapat dilihat ngan mata kasar kita nie, rasenye makin banyak je orang duk memberi n penerima nya pon makin ramai. Kebanyakan orang kita nak jalan mudah, 'Shortcut' le kononnye untuk berjaya. Ya, memang anda berjaya tapi adakah untuk selama2nya? Tak mungkin kerana setiap kesalahan pasti ada balasannya. Ape yang Cik Qiqi dapat dari laman SPRM, kesalahan rasuah utama nie terbahagi kepada 4 iaitu:
  • Meminta/Menerima Rasuah
  • Menawar/Memberi Rasuah
  • Membuat Tuntutan Palsu
  • Menyalahguna Jawatan/Kedudukan
Dengan mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan dari pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi hadiah, duit, keraian kepada pihak-pihak tertentu.

So, bagi sesiapa yang duk terlintas nak mencuba atau gatal sangat tangan tu nak bagi duit tu kt orang, adelah lebih baik sedekah, or dermakan la duit anda yang banyak tu kepada pihak berwajib, dapat pahala, dapat doa lagi dari penerima sumbangan tu. Bukan dengan bagi duit tu secara membabi buta untuk mendapat kesenangan yang hanya sementara tu.


2. Berita di akhbar

Kalau u allz rajin baca paper, mesti korang perasan satu benda ni, kalau u allz tak perasan, Cik Qiqi terperasan sikit. ekekeke=) Cuba u allz perhatikan, baru2 ni kecoh 1 negara pasal kes buang bayi. Then liputan memang menyeluruh la pasal kes buang bayi. Bukak Metro kes buang bayi, bukak Utusan, same jugak, bukak Berita Harian lagi la..sama je...macam bermusim la pulak berita2 dekat paper kita ni. Cuba perhatikan kes2 sebelum ni, andai time tukes dera budak2, semua paper2 nie akan ceritakan benda yang sama.

Cik Qiqi faham masing2 ade tugas yang perlu diselesaikan tapi andai 1 minggu kes 2 je de kat paper, kita pon naik meluat, jadi macam dah biasa pulak rakyat2 negara kita wat benda tu. Seolah2 ramai betul yang terlibat. Ya, memang tu lah kejadian yang berlaku di dalam negara kita tapi jangan lah telalu sangat menceritakan hal sesuatu tersebut terlalu banyak kerana, banyak lagi berita terkini dan lebih manfaat untuk ditatap dibaca dan boleh dijadikan semangat untuk generasi akan datang.


3. Dadah pembunuh bangsa

Bangsa mana lagi makin dibunuh kalau bukan bangsa kita, orang Melayu. Rasanya tak pernah sehari pon negara kita senyap dari kes dadah nie. Hai, apa nak jadi la dengan org kita, bangsa lain semakin hari semalkin maju, tapi kita? Makin mundur dan ketinggalan. Salah siapakah sebenarnya? Cik Qiqi pun tak pasti nak salah kan siapa tapi yang Cik Qiqi tau, kita masing2 dianugerahkan ngan otak, akal fikiran untuk berfikir. Jangan sia2 kan apa yang diberi olehNya dengan melakukan perkara sia2 terutama sekali pengambilan dadah.

Banyak sangat kerugian negara kita dengan memberi dana kepada penagih2 yang ada di dalam penjara tu, sedangkan pabila mereka keluar, bebas mereka akan kembali ke tabiat asal sebelum ni. Adalah lebih baik memberi bantuan kepada rakyat yang benar2 susah atau pun kepada pesakit2 yang menanggung derita dengan penyakit kronik. Kebanyakan yang mengalami penyakit kronik ini terdiri dari golongan sederhana dan miskin. Kurang sangat lah orang kaya nak kena sume ini. Kadang2 kta nie lebih pentingkan org yang tak perlu dari yang memerlukan. Fikir2kan lah


4. Ku BeRsaMAmu..........................................

Aha, jangan ingatkan tu iklan DIGI ye...Cik Qiqi tak minat DIGI...ekekeke=)
Sebut pasal Bersamamu, adoyai.....u allz yang cari golongan yang susah tu cari la yang betul2 susah. Ini tidak...kadang2 nampak muda, kuat tapi hidup susah. Layakkah anda menerima semua itu? Sebelum terima atau memberi, fikir2kan lah dulu sebabnya, anda2 masih lagi berupaya untuk bekerja, jangan terlalu malas untuk mencari nafkah untuk anak dan isteri. Ape yang Cik Qiqi terperasan, dah tau hidup susah, kawal2 la dengan penghasilan zuriat anda. Memang itu anugerah dari Allah tapi lihat lah pada keadaan anda sendiri. Susah juga ya nak berkata tentang ini takut ada yang tersinggung.

Cik Qiqi tak terniat nak memperlekehkan sume nie sebab Cik Qiqi pon orang biasa, xkaya pon cuma sekadar mengingatkan aje. Jangan terlalu mengharapkan orang lain kerana ada yang lebih layak memerimanya dari anda. Disini Cik Qiqi nak ucapkan tahniah juga kepada Bersamamu kerana walaupun ade sedikit kekurangan namun skarang mereka lebih berhati2 mencari siapakah yang layak memerima bantuan dimana, penerima2nya terdiri daripada golongan emas yang tidak berupaya, pesakit2 kronik yang mungkin wakil rakyat terlepas pandang, golongan OKU dan golongan wanita yang ditinggalkan suami terkontang kanting. Syabas Bersamamu!!!


5. Traffic Light!! Ops, Lampu isyarat da....................

Aha, ni sebenarnye yang Cik Qiqi berkobar2 nak bising nie...geram sesangat2... Kat kawasan Cik Qiqi ni selalu sangatlah blackout kat traffic light tu. Yang sakitnya, padam time orang sibuk nak pergi ke tempat kerja masing2. Simpangnye pulak simpang 4, masing2 nak pergi dulu. Sebenarnya benda ni takde masalah andai masing2 pengguna jalan raya bersopan santun ketika berada di jalan raya namun zaman sekarang, masing2 pentingkan diri sendiri. "Aku nak pergi dlu, ko tunggulah sampai xde org nanti baru jalan".Mesti ada yang terdetik di hati berkata2 sebegitu sebabnye semua nak dulu, penting katanya.

Cik Qiqi bole terima la jugak memang susah la nak dapat kerjasama bila keadaan sebegitu, tapi paling peliknya, dimana pulak pegawai2 trafik yang bertugas. Hm....depa akan bertugas bila kita panggil mereka ke? Rasanya macam tak perlu kot sebabnye masa Cik Qiqi otw nak ke tempat kerja, selisih ngan kereta peronda polis. Tak kan la stakat meronda je...tak boleh informkan kepada bahagian yang berwajib ke?..........Tolong komen sikit pasal hal neh...Very2 konpius~~~~~~

Untuk mase nie...ini je Cik Qiqi dapat berkata2..bukan xde modal, bagi emkome2 mengomen dulu ...Mari bersama2 renung2 kan...yang baik amik iktibar, yang buruk jadikan sempadan

^_^//peace no war



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...