4.28.2010

PiLu....SediH..deRIta

Salam semua...naK dekat t.Air da nie....
Sambil2 layan Metro, sambil2 menaip Cik Qiqi nie....Tengah duk syok membaca, Cik Qiqi terpandang 1 tajuk akhbar...Pilu Hati Ayah Tua...

Hai...nape la kes2 macam ni semakin menjadi2 ye.... Cik Qiqi rase..nenek Cik Qiqi pon kalo bace paper nie msti sedey jugak sebab anak yang die tatap, die sayang sejak dari kecik smpai la anaknye tu da dapt cucu...wat die macam nie...langsung tak dilayan..dibiarkan...yang CikQiqi peliknye...andai anak P.Long Cik Qiqi nie follow Mak Lang nye balik kang jengok neneknye...Bole pulak die call anaknye tnye kabar...sihat kje ape ke..yg nenek Cik Qiqi nie? da la kna kncing manis..xde pulak die nak call nak tny mak sihat ke x..

Cik Qiqi bukan la nak membuka pekung didada atau mengaib kan P.Long Cik Qiqi...cume nak korang2 amik sebagai tauladan. Jangan sampai kita kehilangannye baru kita nak sedar..Kita susah, kita senang, ye mmg atas usaha kita sendiri...Tapi cuba ingat balik...siapa yang melahirkan kita....siapa yag mengasuh, membelai kita...memberi makanan kepada kita...Kalau bukan emak, ibu, umi atau ape sahaja panggilan kite terhadap seorang wanita yang telah banyak2 berjasa dalam hidup kita...

Jangan dibiarkan dia menitis air matakerana kejahatan kita, kerana setiap titis air matanye yang mengalir kerana kita amat dimurkai oleh ALLAH...selagi ibu tidak mengampunkan kita, Allah juga tidak mengampunkan kita kerana kesalahan itu.

Sabda Rasulullah saw:

  • “Semua dosa akan ditangguhkan Allah (balasannya) menurut kehendakNya hingga ke hari kiamat, kecuali (balasan) menderhaka kedua ibu bapa, maka sesungguhnya Allah menyegerakan (balasan) kepada pelakunya di masa hidupnya sebelum matinya. ”

(Riwayat Hakim)

  • “Tiga manusia tidak akan masuk syurga; iaitu: Orang yang menderhaka kedua ibu bapanya, lelaki yang tidak punya maruah terhadap keluarganya(dayus) dan perempuan yang menyerupai lelaki.” (Riwayat Nasa’i, Bazzar dan Hakim )

Ya Allah.. ku harap Kau memahami luahan hati ini yg ingin dicintai.. kuharap Kau menghayati sentuhan jiwa ini yang ingin disayangi..Ya Allah.. Engkau telah mengurniakan daku apa yang daku sukai maka jadikanlah daku dapat menggunakan kurniaan itu seperti yang Engkau cintai..

Kata Abdullah ibn Mas’ud : “Ada sekali kutanya pada Rasulullah saw “Amalan (manusia) yang manakah yang paling diredhai Allah swt? ” Jawab baginda saw “Solat.” Kemudian kutanya, “Yang mana pula selepasnya (mengikut susunan keredhaan)?” Jawab baginda saw “Menghormati dua orang ibu bapa,” Katanya lagi, “Selepasnya apa lagi?”. Jawab baginda “Jihad”.”

Di dalam sebuah hadith diriwayatkan bahawa: “Pintu-pintu terbaik untuk memasuki syurga ( Jannah) ialah bapa. Jikalau kamu ingin, jagailah dia; jikalau kamu suka , binasakanlah dia.” Seorang sahabat telah bertanya kepada Rasulullah saw : “Apakah hak-hak seorang bapa?” Baginda saw pun menjawab “Merekalah Jannahmu dan Jahannammu.”

~riwayat dipetik dari coretan fisabilillah~

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...